بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Dah Tua Pun Tak Reti Beza Baik Buruk | Aura negatif setiap hari dikeliling kita. Aura dari media sosial mungkin kita boleh elak dan tapis, tapi kalau alam realiti payah nak elak kan.
Aura negatif dari orang bersifat negatif.
Sifat negatif ni bukan bermaksud jahat, tapi hati yang jahat.
Kalau budak-budak mungkin kita tau tak boleh nak beza kawan yang baik dan kawan yang jahat... Tapi kalau dah mak budak, tak kan boleh beza lagi kan.
Perlu ke pinggirkan kawan yang negatif?
Soalan ni kena tanya iman...
Kuat ke iman kita nak layan sifat negatif kawan kita tu?
Mampu kita nak ubah dia dari negatif kepada positif?
Kalau mampu, jangan tinggalkan... Tapi kalau tak mampu selepas kau berusaha ubah dia tapi dia tak berubah, baik tinggalkan dia dengan doa yang berterusan.
Dah Tua Pun Tak Reti Beza Baik Buruk
Carilah sahabat yang baik kerana sahabat yang baik ibarat bayang-bayang kepada kita.Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ (أخيه) الْمُؤْمِنِ
Seorang mukmin cerminan dari saudaranya yang mukmin. [HR al-Bukhâri (al-Adabul -Mufrad no. 239) dan Abu Dâwud no. 4918 (ash-Shahîhah no. 926)]
Kalau kita biasa berkumpul dengan seseorang yang hobinya minum arak maka kurang lebih kita seperti kawan kita itu juga. Begitu pula sebaliknya, kalau dia berkawan dengan orang yang rajin pergi ke kuliah, InsyaAllah dia akan menjadi seperti kawannya.
Maka pilihlah kawan.
Tak kan dah tua pun tak tau lagi nak beza baik dan buruk.
Kalau orang tua, kuat membawang patutkah dijadikan kawan?
Berkawan boleh tapi jangan sampai jadi BFF, takut nanti kita pun jadi macam tu juga.
Tu orang kata, kita ni dicerminkan oleh orang yang ada sekeliling kita
BalasPadamDisebabkan itulah kita perlu berhati-hati dalam memilih kawan, jika dapat yang tak berapa elok perangainya, kita xyahlah terikut yang negatif sebaliknya nasihatkan dia dulu, andai dia mendengar nasihat kita, itu adalah satu bonus untuk kita.. andainya dia tak mau dengar sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk menasihatinya..
BalasPadamterlampau taksub la tuh..haihh tak faham toi la perangai manusia ni
BalasPadamMudah-mudahan terbuka pintu hati mereka ke arah kebaikan.
BalasPadam