div id='header-inner'>

Nak Anak Bijak dan Sihat, Beri Makan 4 Makanan Kampung Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak Anak Bijak dan Sihat, Beri Makan 4 Makanan Kampung Ini | Mak-mak, memang sentiasa nak yang tef baik untuk anaknya.

Setiap ibu bapa pasti nak anak sihat dan bijak. Buktinya, ramai mak bapak akan PM seller jika ada yang jual supplements untuk bijak dan sihat.

Tapi sebenarnya, tak perlu pun habiskan duit dengan beli supplements yang belum tentu berkesan tu... Amalkan je makan dan ajar anak makan 4 jenis makanan kampung ni.

Nak Anak Bijak dan Sihat, Beri Makan 4 Makanan "Kampung" Ini!

Nak Anak Bijak dan Sihat, Beri Makan 4 Makanan Kampung Ini


Tak Perlu Makanan Yang Mahal-Mahal Pun Untuk Tingkatkan IQ, Kuatkan Sistem Imun dan Sihatkan Usus Anak Kita


Biasakan je anak kita dengan 4 makanan yang tinggi PROBIOTIK ni:

1. Budu

2. Yogurt asli tanpa perisa

3. Tempe

4. Cencalok

Nak Anak Bijak dan Sihat, Beri Makan 4 Makanan Kampung Ini!

Kepentingan Probiotik

Probiotik ni mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Bahasa mudahnya probiotik ni adalah 'kuman baik'. Dalam tubuh anak kita ada 'kuman jahat' dan 'kuman baik'. Kuman baik mesti kena mengatasi kuman jahat baru la anak kita tak mudah jatuh sakit.

Kuman baik seperti L. Acidophilus penting untuk pencernaan dan sistem imun manakala B. Longum pula bertindak untuk menghalang bakteria.

Banyak sebenarnya manfaat makanan tinggi Probiotik ni. Antaranya :

  • Mengurangkan cirit birit anak
  • Membantu usus menyerap dengan lebih sempurna
  • menambahkan bilangan bakteria baik dalam usus
  • menstabilkan dan menguatkan sistem imun anak



Nak bagi anak sihat tak perlu bermewah pun. Cukup dengan makanan yang murah je asalkan kita tahu khasiat dan manfaat tersembunyi di dalamnya "

Kredit  t.me/NotaTaufiqRazif

Tak tau pun.. Rupanya makanan kampung ni banyak khasiatnya.

Antara 4 makanan tu MF sendiri makan tempe je la yang banyak... Budu dan cencalok tu baru belajar dari en.somi.

Eh, en.somi bukan orang Kelantan, tapi orang JDT... Tapi reti makan budu... Haha..

Yogurt memang bagus.. Tapi takde lah nak makan selalu sebab mahal juga kan...

Lepas ni boleh la kita amalkan menu ni dalam hidangan sekeluarga... 

Catat Komen

0 Ulasan