GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukuman Yang Tidak Terasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukuman Yang Tidak Terasa.


Seorang murid mengadu kepada gurunya: "Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita".

Guru menjawab dengan tenang: "Betapa sering Allah menghukum kamu tapi engkau tidak terasa".

"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpamu wahai anakku, ialah: Sedikitnya taufiq yang Allah beri untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan".

Tidaklah seseorg diuji dengan musibah yang lebih besar dari "kekerasan hati dan kematian hati".

Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut dari mu rasa bahagia dan senang dengan munajat kepadaNya, merendah diri kepadaNya, sujud di hadapanNya.

Sedarkah engkau tidak diberikan rasa khusyuk dalam solat?

Sedarkah engkau, bahawa beberapa hari-hari mu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca Al-Qur'an?

Sedarkah engkau sudah tidak tersentuh dengan ayat-ayat Al-Qur'an, seakan engkau tidak mendengarnya?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu berapa banyak malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur malam?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu atasmu musim kebaikan seperti: Ramadhan... 6 hari di bulan Syawal. 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan lain2 tp engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya?

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu???

Sumber : Google images 

Hukuman Yang Tidak Terasa

Engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)?

Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdoà kepadanya?

Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau mengalah di hadapan nafsu?

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua in???

Sedarkah engkau, amat mudah bagi mu mengumpat, mengadu domba, berdusta, memandang rendah pd org lain, memandang kepada yang haram?

Sedarkah engkau, bahawa Allah membuatmu lupa kepada Akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu?

Ini semua hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau tidak menyedarinya...

Waspadalah wahai anakku krn hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hambaNya ialah: Hukuman yang terasa pd harta, atau anak, atau kesihatan.

Sesungguhnya hukuman terberat adalah "Hukuman yang tidak terasa" iaitu pd kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan, dan tidak merasakan sakitnya dosa.

Wahai anakku, perbanyaklah di siang dan malam mu, amalan taubat dan istighfar, semoga Allah menghidupkan hatimu...

(Mafhum terjemahan dari tausiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan).

======================

Apabila kita merasa tiada dosa, sebenarnya, kita lah org yang paling berdosa.

Kredit: https://telegram.me/teamfatehteam

1Ulasan

  1. Betul kak. Teima kasih sebab sentiasa mengingati kawan-kawan.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ