GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Menu Sahur Yang Simple Tapi Mengenyangkan dan Berkhasiat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Menu Sahur Yang Simple Tapi Mengenyangkan dan Berkhasiat | Topik hari kat tempat kerja, ialah terlambat bangun sahur... Haha...

Boleh pula kami ramai-ramai pakat lambat bangun sahur. Ada kawan MF tak terbangun langsung... Jaga-jaga dah pukul 6 lebih... hehe...

Bila kes terlambat macam ni, jenuh la kan... Mesti fikir menu yang simple, cepat tapi mengenyangkan.

Jadi, ada 7 menu sahur yang simple tapi mengenyangkan... sesuai dengan perut Melayu juga... hehe...

7 Menu Sahur Yang Simple Tapi Mengenyangkan dan Berkhasiat



#1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang


peanut banana


Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang pula, seperti yang diketahui ramai, merupakan sumber tenaga. Malah pengambilan pisang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.



#2. Roti bakar gandum (whole wheat)  + tomato + telur goreng 'mata'

roti telur

Gabungan biasa untuk sandwic ringkas, namun ianya kaya khasiat. Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi.

#3. Paket 'Smoothie'

smoothie packet

Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu 'protein smoothie' yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang. Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi.

#4. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum

telur

Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta cendawan atau tomato dan balutkan dengan roti tortilla untuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan. Contoh resipi di sini

#5. Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju

cheddar

Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien tinggi, seperti kale. Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.

#6. Oatmeal bakar

baked oat

Tak gemar oatmeal tradisional? Bolehlah cuba oatmeal dengan cara ini. Lebih sedap dan khasiatnya juga tak banyak yang berubah. Setelah dibakar, boleh disimpan di dalam peti ais dan hanya panaskan sahaja apabila hendak makan.

Tapi oat memang makanan yang lebih mengenyangkan dari nasi sebenarnya.


#7. Paket oatmeal

packet oatmeal

Jika anda mahukan oatmeal dengan rasa dan rupa yang lebih menarik, mungkin ini sesuai untuk anda. Kisarkan oatmeal bersama buah-buahan yang digemari seperti epal, beri biru atau strawberi. Ia boleh disimpan selama kira-kira seminggu di dalam peti ais dan tentunya menjimatkan masa.

Kredit: Astro Awani


MF kalau terlambat, memang telan kurma la dulu.. Kurma dan air suam... Pastu tawakal dan doa je la moga mampu puasa sampai habis... insha Allah... 

2Ulasan

  1. OatmeaO dengan buah tu nampak menarik..

    BalasPadam
  2. semuanya menu sihat..memang bagus..ingat nanti nak try buat yang no.2 tu..selamat berpuasa maria

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ