GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

SMART QUR'AN - Aplikasi Al-Quran Yang Diluluskan JAKIM dan KDN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

SMART QUR'AN - Aplikasi Al-Quran Yang Diluluskan JAKIM dan KDN | Seiring dengan perkembangan teknologi, JAKIM dan kerajaan menyahut seruan untuk membentuk masyarakat Islam yang cintakan al-Quran.

Sekarang ni semua orang ada smartphone.... Cuma bagaimana kita guna kan phone kita dengan smart.. Bagi orang Islam, malu lah dengan Allah, kalau kat smartphone dia takde aplikasi Al-Quran. Jika sebelum ni kita tertanya-tanya aplikasi yang sah dan takde kesalahan atau ayat tipu.. Kini tak perlu risau lagi...

SMART QUR'AN - Aplikasi Al-Quran Yang Diluluskan JAKIM dan KDN

Pihak kerajaan kita dah buat satu aplikasi al-Quran yang sah dan sahih iaitu aplikasi Smart Qur'an.

Aplikasi SMART QURAN ini adalah hasil usahasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merupakan aplikasi mudah alih pertama bagi Al-Quran yang mendapat kelulusan pihak berkuasa di Malaysia serta diperakui dari segi kesahihan maklumatnya.



Jadi, tak perlu ragu lagi. Dan sememangnya aplikasi ni mesra pengguna. MF dah install dan memang terbaik. Siap dengan terjemahan. Boleh pilih nak bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. 


Boleh juga nak download bacaan dari Imam-imam yang masyhur. Boleh setting nak mod cerah atau mod gelap. Aplikasi ni ringan dan tak memberatkan phone...

Nak install boleh buat carian di Playstore dengan menaip Smart Quran. Boleh rujuk gambar di bawah.

Android : http://bit.ly/SmartQuranAndroid

iOS : http://bit.ly/SmartQuranAppsStoreiOS

0Ulasan