div id='header-inner'>

Kalau Betul lah Islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Akhlak Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. hartanya, dan kehormatannya." (HR Muslim No: 4650) Status: Hadis Sahih

True muslim


Pengajaran:

1.  Islam melarang berakhlak buruk antaranya:

a.  saling mendengki
b.  saling memfitnah
c.  saling membenci
d.  saling memusuhi
e. membeli sesuatu yang telah dibeli atau janjikan kepada orang lain

2.  Setiap Muslim saling bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain antaranya dengan:

a.  Menyakiti
b.  Merendahkan
c.  Menghina

3.  Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati)

4.  Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim.

5.  Penghinaan  boleh berlaku apabila seseorang meremeh dan merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang lain.

6.  Muslim sesama Muslim dilarang:

a.  Menumpahkan darah sesama Muslim
b.  Menzalimi hartanya
c.  Merendahkan kehormatannya

Marilah kita memelihara hak saudara Muslim kita dengan tidak berakhlak buruk terhadap mereka serta tidak menzaliminya.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Kalau betul orang Islam... Berlapang dada tak payah nak sentap lebih sangat... Tapi andaikata berlaku perbalahan, lebih salah seorang daripadanya berdiam diri untuk elak sengketa yang lebih memudaratkan.

Kita tengok situasi ni kat media sosial yang banyak... Sama Islam pun berdengki dan beriri hati... Sanggup hina saudara seislam kerana tak sependapat. Kalau betul Islam, dia tahu bahawa silaturahim tu lebih penting dari menegakkan pendapat sendiri yang belum tentu betul salahnya.

Sama-sama kita ambil pengajaran dari pesan Nabi s.a.w ini...jika kita benar memahami bahawa Islam kita bukan hanya pada IC. 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. TErima kasih atas perkongsian.

    Jemput ke entry terbaru :
    http://www.azirahman.com/2018/04/psstt-gosip-baru-tentang-althea-bare-essentials.html


    Tq

    BalasPadam
  2. Betul kak. Kita pun selalu muhasabah. Kadang kita tak buat, tapi sebab kita "mendengar" sekali, dengan kita-kita share dosa. Jadi kita fikir, baik tak payah join mana-mana "kumpulan". Tapi lepas tu kena kecam pulak, fitnah kita itu ini. Macam mana?

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)