Cara Mudah Kupas Kulit Bawang Tanpa Pedihkan Mata

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Mudah Kupas Kulit Bawang Tanpa Pedihkan Mata | Satu rutin yang tak dapat elak bila memasak ialah kupas kulit bawang. Tapi kadang leceh setiap kali nak masak, waktu juga baru nak kupas.

Jadi, MF biasanya akan kupas sekali banyak dan simpan dalam bekas kedap udara. Sekali kupas memang banyak. Tapi leceh juga sebab cabaran utama kupas kulit bawang ialah mata. Tak tahan oooo... Pedih mata kalau kupas bawang banyak-banyak.

Tapi jangan risau lagi, lepas suami MF sendiri share petua mudah kupas bawang tanpa Pedihkan mata. Tak kira lah bawang putih atau bawang merah.

Cara Mudah Kupas Kulit Bawang Tanpa Pedihkan Mata

Caranya mudah je... Lagi 10 atau 15 minit nak memasak, ambil bawang dan rendam dalam air.


Lepas tu kupas je macam biasa. Bukan saja tak Pedihkan mata, tapi bawang juga mudah tertanggal dari kulitnya...

Memang senang dan cepat kerja. MF biasa kupas banyak setiap hujung minggu... Stok untuk seminggu...

Kadang minta tolong anak-anak buatkan aje.. Sebagai bonding time dengan anak perempuan MF... Aktiviti yang memang menyeronokkan bagi anak-anak sebab boleh main air sekali kupas kulit bawang.

Mudah kan.. Rendam je air... Lepas tu kupas je seperti biasa...

Selamat mencuba. 

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. terbaek.. :)


    jemput join segmen ejulz :)
    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    BalasPadam
  2. akak mmg suke rendam dulu klu nk kupas bwg, baik bwg merah atau bwg putih... cumanya klu lps di rendam tak abis di kopek dia akan tumbuh akar hehehe...

    memudahkan nk kopek kulitnya pun iya jgk

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama