div id='header-inner'>

Yang Bakal Jenazah WAJIB Baca Nota Penting Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Yang Bakal Jenazah WAJIB Baca Nota Penting Ini!

Nukilan Seorang Pengurus Jenazah

Dah bertahun-tahun isteri saya mngurus dan memandikan jenazah perempuan. Scara purata 8 jenazah diurus mandi pada stiap bulan.

Soalan yang kerap saya tanya kepada isteri saya ialah :

1. Muda atau tua
2. Di mana (taman atau kampung)
3. Sakit apa
4. Bila Mati
5. Mati dimana
6. Anak berapa orang
6. Agak-agak berapa umur anak yang sulong

Semua ini menjadi penanda aras / bancian kepada saya apa punca mati, bagaimana si mati di urus jaga sebelum/selepas mati dan sikap waris kepada si mati.

Berdasarkan umur dan bilangan iaitu 8 org yang mati dalam sebulan:

1. Bawah 55-an hampir 70 % mati kerana barah.

2. Atas 56-an hampir 30 % mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dan lain-lain.

3. 90% keadaan jenazah yang mati di KAMPUNG terurus bersih kerana ada orang-orang tua tempatan yang selalu tunggu berada di sisi si sakit hingga di saat mati, ada pengtahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sbaik sahaja mati dan kebetulan ada talian saudara.

4. 60% keadaan jenazah yang mati warga taman di TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras menyebabkn sukar semasa mandi, kurang terurus bersih kerana: tiada orang-orang tua sebaliknya majoriti warga taman generasi muda yang: siang malam kerja, tidak ingat mati, renggang jiran, renggang surau/masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian & langsung tiada keperluan barangan asas untuk jenazah. Walaupun disuruh & diminta, anak-anak takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sendiri.

Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, urus, mandi & kapan jenazah di rumah. Mereka lebih suka segalanya dibuat di masjid atau sekiranya mati di hospital mereka lebih suka segalanya dibuat di hospital.

Lebih tragis ada waris melepas cakap "tidak mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital atau masjid / surau dan terus ke kubur.

Bagi jenazah yang sakit lama sebelum mati, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas & banyak luka.

Kesimpulannya :
- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.
- Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit & bagaimana kita urus jenazah mereka sebaik saja mereka mati.
- Lebih tragis bagaimana anak-anak kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit & selepas kita digelar jenazah.
- Bacaan quran, solat, doa & semuanya boleh diupah kerana anak-anak kita BERJAYA KAYA tapi HANYA DOA DARI ANAK YANG SOLEH diterima di sisi Allah SWT walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.

Nukilan: Ust Misnan. Ajk Surau Nurul Iman via Telegram Channel

Yang Bakal Jenazah WAJIB Baca Nota Penting Ini!

Justeru itu, WAJIB bagi kita sekarang ni ambil peluang belajar hal pengurusan jenazah... sebab satu hari kita semua bakal jenazah. Wajib ajar anak-anak kita hal berkaitan dengan jenazah dan kematian. Sediakan Kit Jenazah di rumah sebagai persediaan untuk menghadapi kematian sebagaimana kita sediakan peti petolongan cemas di rumah kita.

Renungan sejenak untuk hamba yang alpa. 

Catat Komen

4 Ulasan

  1. singgah sini dari https://aerillhassan.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang terbaik pernah saya baca setakat ini. Amat mengisafkan dan membuka minda untuk menambah ilmu fardhu kifayah (pengurusan jenazah).

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian
    bagus sangat2

    BalasPadam
  4. thanks mengingatkan ...
    pernah tertanya tanya dlm diri sendiri kalau mati nnt mcm mana, siapa nak urus ...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)