بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Tak Kenal Maka Tak Benci | Nak sayang seseorang kena kenal kan... Sama juga kalau kita nak benci musuh kita kena kenal juga. Kita tak kenal musuh kita sebab tu kita tak benci kat dia... Kita kata je musuh dan benci tapi kita dok ikut perangai dia sama ja...
Jadi, Mf nak ajak kenal musuh kita... Siapa lagi musuh utama kita kalau bukan Iblis dan Syaitan.
Tak Kenal Maka Tak Benci |
Tak Kenal Maka Tak Benci
~Biodata Iblis Laknatullah~
Nama : Iblis @ Syaitan laknatullah
Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal DiDunia : Di dalam hati mereka yang lalai
Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam
Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah
Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa
Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan
Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam
Kelemahan : Bila orang membaca istighfar
Lambang : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran
Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
Insya-Allah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis @ syaitan laknatullah . Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin.
Agak-agak boleh timbul dak rasa benci tu... Dah kenal kan... Kalau kenal pun tak benci juga . Nauzubillah... Tak tau la la nak kata apa... Renungkan dan muhasabah diri...
Kredit: Telegram
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ