Ticker

6/recent/ticker-posts

9 Cara Dapatkan Tidur Lena Yang Berkualiti

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Cara Dapatkan Tidur Lena Yang Berkualiti | Tidur nyenyak, iaitu salah satu "me time" yang paling MF suka buat. tidur tanpa gangguan dengan keadaan yang tenang dan lena. Sebab apa me time? Sebab tidur lena dan berkualiti serta nyenyak ni dah lama MF tak dapat sejak ada anak. Bukan nak kufur nikmat, tapi itulah nak kata bila dapat satu nikmat, Allah akan tarik nikmat yang lain. Allah beri nikmat anak, jadi nikmat tidur nyenyak tu Allah ambil... Jadi, syukur selalu.

Tapi tidur yang berkualiti ni penting untuk kesihatan, kesegaran dan juga kalau nak diet kuruskan badan. Tidur yang tak cukup dan tak tentu boleh undang penyakit bagi mereka yang takde masalah jaga anak waktu malam. Kalau yang bujang, pelajar, lelaki dapatkan tidur yang berkualiti untuk jaga kesihatan dan diet.

Bagi mak-mak yang tak tidur sebab anak itu perkara biasa... Insha Allah, Allah pelihara. Cuma, kalau dapat tidur tu tidurlah..

Bagi mereka yang normal, bolehlah usaha 9 cara dapatkan tidur lena yang berkualiti.

9 Cara Dapatkan Tidur Lena Yang Berkualiti


9 Cara Dapatkan Tidur Lena Yang Berkualiti
Sumber: google images

#1 Tidur pada waktu yang tetap

Cuba untuk tidur dan bangun dari tidur pada waktu yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu. Tidur pada waktu yang sama dapat mengukuhkan kitaran waktu tidur dalam jam biologi (biological clock) badan anda. Hal ini juga dapat membantu anda untuk lena dengan lebih cepat setiap kali anda tidur.

#2 Buat sesuatu yang menenangkan

Jika anda tidak boleh lena walaupun selepas 15 minit anda cuba untuk tidur, cuba bangun dan buat sesuatu yang menenangkan. Kemudian, tidur semua selepas anda rasa mengantuk. Jika tidak, ianya akan menjadi lebih susah untuk anda lena.

#3 Jaga pemakanan

Jangan tidur sekiranya anda lapar atau terlalu kenyang. Keadaan yang tidak selesa ini boleh membuatkan ianya lebih sukar untuk anda lena. Selain itu, limitkan minuman yang anda ambil sebelum tidur, bagi mengelakkan tidur anda terganggu dengan rasa nak terkencing.

Elakkan merokok (seeloknya berhenti) dan minum minuman berkafein pada waktu malam. Kesan keffein dalam kopi dan nicotin dalam rokok boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam.

#4 Lakukan rutin sebelum tidur

Lakukan sesuatu yang sama sebelum tidur pada setiap malam. Hal ini bagi memberitahu badan anda bahawa masa untuk tidur sudah tiba setiap kali anda melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah mandi air suam, membaca buku, atau mendengar lagu yang menenangkan, dilakukan dengan lampu yang malap.

#5 Selesakan diri

Jadikan suasana bilik tidur anda sebagai sebuah tempat yang ideal untuk tidur. Contohnya, suhu yang tidak panas, gelap, dan sunyi. Anda boleh gunakan alatan seperti pendingin hawa, (atau kipas), plug telinga, atau penutup mata bagi membantu mewujudkan suasana tidur yang ideal.

Selain itu, tidur yang baik juga bergantung kepada Tilam dan bantal anda. Walaupun definisi tilam yang sesuai untuk tidur adalah subjektif, pilih tilam dan bantal yang paling membuatkan anda selesa. Jika berkongsi katil, pastikan saiznya cukup untuk 2 orang.

#6 Limitkan waktu tidur di siang hari

Tidur terlalu lama di siang hari boleh mengganggu waktu tidur di malam hari, terutamanya bila anda mengidapi penyakit insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam. Jika anda perlu tidur sekejap pada waktu siang, limitkan waktu tidur tersebut dalam 10-30 minit pada waktu tengah hari.

Dalam sesuatu kes dimana anda perlu bekerja sepanjang malam, barulah anda boleh tidur dengan waktu yang lama pada waktu siang. Semasa anda hendak tidur pada waktu siang, pastikan suasana tempat tidur anda ideal seperti yang telah disebutkan diatas.

#7 Bersenam

Aktiviti fizikal pada waktu siang seperti bersenam dapat membantu anda tidur lena dengan lebih cepat dan lebih nyenyak pada waktu malam. Walau bagaimanapun, jarakkan waktu bersenam dan waktu tidur anda.

#8 Tangani stress

Tidur anda akan terganggu sekiranya anda dalam keadaan tertekan. Tangani stress anda dengan cara yang sihat seperti menyusun jadual, menetapkan priority dan membahagi tugasan anda. Rehat dengan secukupnya, dan bergaul dengan sahabat handai. Jika anda terfikirkan sesuatu perkara sebelum tidur, jangan bebankan waktu tidur anda dengan memikirkan perkara tersebut. Tuliskan perkara tersebut untuk mengingatkan anda pada esok hari.

#9 Dapatkan nasihat doktor

Kadang-kala, ianya normal jika anda mengalamai gangguan semasa tidur. Akan tetapi, jika anda kerap mengalami kesukaran mendapatkan waktu tidur yang cukup, sila dapatkan nasihat doctor atau pegawai kesihatan berdekatan anda. Doktor boleh mengenal pasti dan merawat punca gangguan tidur anda jika ianya berkait dengan masalah kesihatan.

Sumber: Mayoclinic.com via lelakisihat.com

Jadi, cubalah dapatkan tidur yang sihat dan berkualiti untuk tingkatakn kualiti hidup. Bagi MF, takpelah tak dapat tidur ni sementara je .. pengorbanan sementara anak kecil.. dah besar nanti dah boleh tidur lena ... insha Allah. 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Tidur boleh jadi sunnat boleh jadi makruh itu pesan ustazah PC zaman sekolah dulu....

    BalasPadam
  2. Betul tu MF. Kinah sejak jadi ibu ni masa tidur tu tak macam dulu dah. Bestnya kalau dapat tidur nyenyak tanpa gangguan.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^