بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Bila Waktu Terbaik Update Entry Blog? | Update entry blog salah satu rutin harian blogger untuk jadi blogger berjaya. Tapi nak update blog kena tahu masa dan topik yang sesuai. Barulah entry kita diterima oleh pembaca.
Nak tahu bila waktu terbaik untuk update entry dalam blog?
Bila Waktu Terbaik Update Entry Blog?
MF update blog merujuk pada statistik pada Google Analytics blog MF sendiri. Jika dulu, MF banyak buat entry autopublish. Jadi, MF settingkan siap ikut waktu yang ramai orang online dan membaca melalui mobile waktu tu.
Bila Waktu Terbaik Update Entry Blog?
Kalau tengok kat Google Analytic ni juga, ramai orang menggunakan Mobile untuk online dan membaca. Selain buat entry mesra SEO, jangan lupa setting Mobile Friendly user pada blog ya. Rugi sangat kalau tak buat ni.
Bagi blog yang pasang iklan, pastikan tiada iklan popup yang muncul untuk elakkan orang annoying bila berkunjung ke blog kita.
Bila Waktu Terbaik Update Entry Blog?
Jadi, waktu terbaik untuk update entry blog ialah sekitar jam 2 petang hingga 10 malam... Pada hari bekerja iaitu hari Isnin hingga Jumaat... Kalau hari minggu orang kurang online tapi masih ada yang online. Cuma kena cari topik yang sesuai jika nak up entry waktu hujung minggu.
Ini antara tips atau amalan yang MF buat dalam usaha nak capai tahap page view blog yang maksimum. Sekarang ni, dah kelaut dah waktu update blog yang yang konsisten. Tak mampu nak kejar masa. Tapi sebab dah usaha masa lalu, Alhamdulillah pageview blog tak terjejas walaupun tak update blog macam dulu sebab kekuatan SEO yang ada pada blog.
Jadi, MF yakin anda pun boleh lakukan jika nak jadi blogger berjaya... Bersusah dahulu, bersenang kemudian. Insha Allah.
info best, tq
BalasPadamsaya slalu setkan waktu pagi..
Kinah selalu update entri malam je. Itu je masa yang ada. Terima kasih share pasal ni. Lepasni boleh perbaiki lagi
BalasPadamTerima kasik Cikgu MF...
BalasPadamOk, baru tahu..Thanks !
BalasPadamboleh update blog bila hari cuti je...bila hari bekerja ni susah sikit sebab kita kerja di kaunter
BalasPadam