GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Berpadalah Nak Banding Pun...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berpadalah nak banding pun... Kadang kita suka tengok hidup orang lain hingga mencetuskan rasa cemburu dalam diri kita.

Perbandingan ni akan mencetuskan dua rasa, rasa positif atau sebaliknya.



[BERPADA-PADALAH DALAM MEMBUAT PERBANDINGAN]


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اُنْظُرُوْا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ، وَلاَ تَنْظُرُوْا إِلَى مَنْ فَوْقَكُمْ، فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ.

Lihatlah kepada orang-orang yang lebih rendah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat kepada orang-orang yang berada di atas kamu, kerana yang demikian itu lebih patut bagi kamu, supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah anugerahkan kepada kamu.” [HR Sahih Bukhari, no. 6490]

Jangan kita melihat orang kaya kerana kita akan kecewa dan cemburu tapi lihatlah orang yang susah dari kita maka kita akan bersyukur.

Jangan kita melihat orang yang lebih berpangkat dari kita, nescaya kita akan menjadi tertekan dan kecewa tapi lihatlah orang yang dibawah kita maka kita akan bersyukur.

Jangan kita melihat orang yang terkenal kerana orang terkenal orang akan melayan mereka lebih dari kita orang yang tidak dikenali tapi lihatlah orang seperti kita dan dibawah kita kerana kita bebas untuk melakukan apa sahaja (perkara yang baik-baik) tanpa diganggu oleh orang kerana kita tidak dikenali maka kita akan bersyukur.


Jadi berpada-padalah untuk kita membuat perbandingan kerana jika tersilap membuat perbandingan maka hati kita akan rosak akibat sakit hati, cemburu, iri hati, kecewa dan seterusnya kita akan menjadi tertekan. Kita akan mula rasa nak marah-marah dan tidak boleh fokus. Jika ia berlaku kembali lah kepada Allah. Firman Allah:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. [Surah Al-Baqarah/2:152]

Wallahualam.

Kredit : Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Membandingkan jika melahirkan rasa cemburu baik elakkan... Tapi jika ianya mencetus rasa positif dan semangat untuk melakukan yang terbaik... Itulah perbandingan yang digalakkan. Bahkan dalam Islam dibolehkan membuat perbandingan untuk mencetuskan rasa yang lebih positif dan berubah ke arah yang lebih baik. 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ