GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 CARA ELAK TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 CARA ELAK TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA | Semenjak semalam, kecoh kes ibu yang tertinggal anak dalam kereta hingga menyebabkan kematian. Ini bukan kes yang pertama... Tapi dah banyak kali berlaku.



Yang pasti kes begini pasti dapat kecaman dari netizen... Kesian ibu tu. . Dia sudah cukup terhukum dengan apa yang terjadi ... Cukuplah jangan kita tambahkan lagi kekesalan di hati dia...

Ya.. MF boleh rasakan sangat sebab MF seorang ibu... Ya.. MF tak kenang peristiwa yang berlaku .  Bahkan MF tak baca berita tu..  sebabnya akan meregut naluri keibuan ini. Takde ibu nak anak dia jadi macam tu. 

Apa pun, apa yang terjadi kita jadikan pengajaran. Kita boleh cegah dan berjaga-jaga supaya ianya tak berlaku lagi...

9 CARA ELAK TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA

9 CARA ELAK TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA


1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut. (Tapi ada kes sebelum ni, pandangannya dihijab, dia tak perasan anak dia, sedangkan dia buka pintu belakang ambil beg laptop dia.)

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Jika anda ada tips lain, boleh kongsikan diruangan komen.

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (www.facebook.com/chaku)

Namun begitu, ini adalah hanya usaha kita.   Sedangkan Allah yang punya kuasa mengawal kita. Bahkan kita tak terlepas dari penyakit lupa dan leka.

Seperti mana dalam Al-Quran pun ada doa..  tentang penyakit lupa ini..  kerana sifat lupa ini merupakan tabiat manusia, maka di antara perwujudan rahmat Allah ﷻ adalah Dia tidak mencatatkan dosa terhadap manusia atas apa yang mereka lakukan karena lupa.

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah”. (QS:Al-Baqarah | Ayat: 286).

Cara Atasi Lupa

Cara atasi lupa dan lalai ialah dengan banyakkan zikir... Insha Allah...

Hal ini akan menjauhkan kita dari sifat lalai dan lupa. Allah ﷻ berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

“Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” (QS:Al-Ahzab | Ayat: 41).


Apa pun, sebagai orang Islam kita wajib beriman dengan Qada' dan Qadar. Apa yang terjadi memang tersurat...

Orang yang hebat diuji dengan ujian yang hebat. Moga Allah berikan kekuatan kepada ibu dan keluarga anak syurga itu menghadapi musibah ini... Dan semoga kita semua dilindungi dari ujian dan musibah yang tak mampu kita tangguh sendiri.

Insha Allah..

Semoga bermanfaat... 

5Ulasan

  1. Cikla pun ada dgr ni jugak. Semoga ini menjadi pengajaran kpd kita semua. Memanglah malang tidak berbau, tapi kita boleh mengambil langkah untuk mengelakkan dr berlaku... Good sharing MF.

    BalasPadam
  2. sedih bila tengok berita semalam kes ni :(

    BalasPadam
  3. Kesian dengan mak budak tu mesti dia rasa bersalah gila plus dengan kencaman netizen lagi (。ŏ_ŏ)
    Well prefer no 5 hehe

    BalasPadam
  4. huh, mmg sedih baca news tu, tersentuh hati sebagai seorang ibu....

    BalasPadam
  5. sedih baca kisah anak meninggal dalam kereta ni tapi kesian lagi dekat mak dia kena kecam teruk sangat.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ