GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Senaman Jaga Anak Teknik Terbaru Untuk Kempiskan Perut Selepas Bersalin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senaman Jaga Anak Teknik Terbaru Untuk Kempiskan Perut Selepas Bersalin | Perut buncit dan menggelebeh adalah satu masalah biasa yang dihadapi oleh wanita selepas bersalin. Bukan mudah nak hilangkan masalah ni. Bahkan kalau makan produk pun belum tentu berkesan.

Punca berlaku perut buncit dan menggelebeh sebab masa mengandung perut kita tegang, bila dah bersalin mula la otot perut kendur. Otot perut pula kalau tak dijaga sebaiknya masa dalam pantang akan mengumpul lemak. Sebab tu kena pantang... Tapi tak semua orang mampu pantang dalam jangka masa panjang.

MF sendiri pun puas fikir cara nak kempiskan perut ni... Lebih stress bila seluar dan kain yang dipakai dah tak muat nak kancing balik... Waaaa... stress ok... Lepas baca, dan follow beberapa petua, akhirnya MF saja nak cuba senaman pula...


Senaman Jaga Anak Teknik Terbaru Untuk Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Senaman? Bila masa nak senaman kalau dah sibuk dengan kerja hakiki dan kerja jaga anak... Tapi MF cuba juga buat... Dengan berpandukan YouTube, MF belajar lah cara senaman nak kempiskan perut tu... MF buat sambil-sambil jaga anak dan asuh anak... Kadang sambil homeschooling anak pun MF buat... Tak lama, dalam 10 ke 15 minit je satu sesi... Tapi agak konsisten buat setiap hari... Memang menyambil betul la... sambil jaga anak je... sebab tu namanya Senaman Jaga Anak... hehe

Kempiskan Perut Selepas Bersalin

MF buat dan amalkan senaman ni selama 3 minggu... Diet memang tak diet juga la.. Mana mampu beb, menyusu badan... lapar je memanjang... Tapi konsisten buat senaman tu... Masa takde masa yang konsisten, kalau tak sempat pagi, buat petang... tak petang, buat malam... Yang penting buat sambil jaga anak... Anak MF memang gelak habis la tengok mak dia dok angkat-angkat kaki buat senaman...

Hasilnya, superbbb... dari 29 inci, jadi 27 inci setengah... Memang terbaik... rupanya tak susah nak kempiskan perut.. Penat je dok sapu minyak urut bagai.. senaman yang konsisten je rupanya boleh kempiskan perut... Sebenarnya, dengan senaman menjadikan otot perut kita padat dan tak menggelebeh... Dan ini mengelakkan lemak dari terkumpul...

Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Ini buatkan MF semangat nak buat lagi...Tapi sejak kerja ni dah tak sempat nak buat... Jadi, hujung minggu kena hardworking la sikit untuk buat senaman ni... Kalau tak macam mana nak slim kan...

Jadi, mak-mak yang tengah usaha nak kecilkan part-part tertentu tu, boleh usahakan... senaman je.. 3 kali seminggu 10 minit setiap sesi... Ingatkan kempen senaman dari KKM tu, saja je... tapi rupanya betul... senaman ringan tu sangat membantu untuk tubuh badan yang fit. Cubalah.. Jimat pun jimat... bukan lama pun.,. sambil jaga anak je.. 

0Ulasan