GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Promosi Tudung di Kelab Malam, Tanda Kiamat Dah Dekat Sangat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Promosi Tudung di Kelab Malam, Tanda Kiamat Dah Dekat Sangat | Sejak kembali beraksi di sekolah, dah kurang masa nak bersosial di media sosial dah... Memula buka whatsapp, apa kebenda yang orang kecoh pasal Zouk... Sekali, buka pula Facebook... penuh timeline pasal Neolofa, tudung dan Zouk... Selepas baca, barulah faham... Isu terbaru pasal artis Neolofa.

Setahu MF, Neolofa ni baru lepas kena "bash" dengan kumpulan doktor di Facebook sebab dia promosikan produk untuk putihkan kulit bagi bayi... Tak reda lagi isu tu, kini dia buat kontroversi lagi... Hmmm...

Kali lebih dahsyat sebab dia mempermainkan hukum ... Bahkan tak kisah kena hentam dengan netizen... Hmmm... MF takde apa bila isu ni timbul... Marah memang marah dengan dia ni... Tapi rasa gerun lebih menguasai hati ini, sebab inilah bukti kebenaran Hadis-hadis Nabi s.a.w tentang tanda kiamat kecil yang semakin jelas kelihatan...

Neolofa Promosi Tudung di Zouk

Tanda Kiamat Berdasarkan Hadis Nabi s.a.w

Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;- 

Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).

Menggadaikan Agama Kerana Dunia;- 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).

Penyakit Umat-umat Dahulu;- 

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”;- (Riwayat Hakim).

Orang yang rosak akhlak;- 

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].

Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia;- 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram” – (Riwayat An Nasa’i).

– Tersebarnya perzinaan kerana memperolehi izin rasmi untuk mendirikan tempat pelacuran/perzinaan dari setiap pemerintah yang bersangkutan.

-) Segala minuman keras seperti khamr (arak) sama diminum dengan berleluasa dan bebas, peminumnya sudah tidak lagi mengenal dosa, bahkan sebagai kebanggaan.

Dikatakan manusia halalnya riba, arak, perzinaan, pakaian dari sutera dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik);- Sabda Rasulullah s.a.w: “Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan” – (Riwayat Thabrani).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik).” (Riwayat Thabrani)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum khomr (arak), mereka namakan dengan nama lain. Kepala mereka itu dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, lalu Allah tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi” – (Riwayat Ibnu Majah).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah lakunya akan jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?” Rasulullah menjawab: “Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji.” Mereka bertanya lagi: “Lalu mengapa keadaan mereka menjadi begitu?” Rasulullah menjawab: “Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan sungguh akan ada seorang yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah ia kembali kepadanya, lalu ia berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan babi” – (Riwayat Ibnu Abi Dunia).

Orang sudah tidak mempedulikan halal dan haram –

“Akan datang suatu masa kepada manusia, di mana orang tidak lagi mempedulikan apa yang diperolehnya apakah itu usaha yang halal atau yang haram”;- (Riwayat Nasae’i).

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu zaman, yang tidak peduli lagi seseorang di zaman itu dari mana harta diambil, (apakah yang diambilnya itu halal atau haram)”;- (Riwayat Nasae’i).

Ini sebahagian hadis sahih tentang tanda kiamat dan perkaitannya dengan apa yang berlaku viral hari ini. Apa pun Mufti Wilayah Persekutuan dengan pantas, membuat teguran terbuka kepada Neolofa mengenai apa yang terjadi ni. Harap Neolofa, mohon maaf secara terbuka dan sedar dengan kesilapan besar yang dia buat.

Point yang ditegur oleh Mufti WP untuk teguran dan pesanan kepada yang lain juga... Terutama artis dan peniaga yang jual pakaian atau produk yang berkait dengan agama supaya:
(i) Tanyalah ulama' sebelum bertindak
(ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung
(iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah swt

Untuk baca surat terbuka dari Mufti Wilayah kepada Neolofa secara penuh, boleh baca >>>DI SINI<<<

Point ketiga tu jelas... Carilah rezeki yang diberkati Allah... kalau kaya, banyak duit, ada nama tapi tak berkat memang menempah azab jika tak sedar dan taubat. Nauzubillah... Apa pun, perkara yang terjadi ini, renungan untuk kita dan pengajaran untuk yang lain. Usah dihentam dan dihitung dosa Neolofa... Dia tersalah landasan, tapi kita? belum tentu landasan kita tepat dan betul... Sama-sama kita juga perbaiki diri...



Ini ujian untuk Neolofa, ujian untuk kita tak tau lagi... Moga kita sentiasa berada dalam iman yang benar... Jadikan ianya sebagai pengajaran, jangan dihentam orang yang tergelincir.. sebaliknya doakan semoga dia kembali ke pangkal jalan dan doakan diri kita sendiri supaya tak tersesat di jalan terang.

DOA TETAPKAN IMAN


P/S: Ramai juga blogger yang buat perkara yang terkandung dalam hadis-hadis diatas... Dalam promosi dan reviewkan produk, tayang aurat, jadi model tanpa rasa malu...(ramai blogger perempuan, bahkan ada yang bergelar isteri lagi...) mungkin tak sedar... Neolofa sebab artis, sebab tu jadi viral sedangkan ramai sahaja blogger dan seller online pun ada yang begitu.... Moga kita sama-sama muhasabah diri... Jangan hitung dosa orang lain, tapi cermin diri sendiri... Takut jadi seperti pepatah melayu "PAKU DULANG, PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH". Pesanan untuk diri penulis juga.. sama-sama muhasabah diri...

1Ulasan

  1. thanks for sharing this....semoga kita dijauhkan perkara2 yang dilaknat ALlah

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ