8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham | Lelaki dan wanita makhluk istimewa yang Allah ciptakan di dunia ini. 

Hingga kiamat pun  lelaki dan wanita adalah 2 makhluk yang berbeza  tapi dapat hidup bersama.

Walaupun dalam boleh hidup bersama tu, sering terjadi perbalahan dan  antara lelaki dan wanita. 

Maksud hidup bersama ni bukan dalam konteks suami isteri sahaja, tapi termasuk hidup bersama menjalani kehidupan sebagai rakan sekerja, rakan sosial dan sahabat.

Kenapa wanita dan lelaki sering bertelagah? 

Ini sebab ada perbezaan komunikasi antara lelaki dan wanita. 

Dalam komunikasi lelaki lebih banyak menggunakan otak kiri; wanita pula menggunakan otak kanan dan kiri. 

Ini menunjukkan bahawa kaum wanita mempunyai lebih kapasiti dan kompleksiti dalam penggunaan bahasa. Jadi, tak hairanlah kalau wanita banyak bercakap berbanding lelaki.

8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham


8 Sebab Kenapa Lelaki dan Wanita Selalu Salah Faham

Selain itu, cara berkomunikasi lelaki dan wanita juga berbeza dalam beberapa perkara, iaitu:

1. Siapa dengar siapa cakap?

Sekumpulan wanita boleh bercakap pada masa yang sama kerana wanita bercakap dan mendengar lebih pantas berbanding lelaki. 

Sebab itu bila lelaki bercakap dengan wanita bercakap akan berlaku sedikit pertelingkahan. Sepatutnya, bila wanita bercakap, lelaki kena bercakap untuk beri respon. Tapi bila lelaki bercakap, wanita kena diam tapi ianya berlaku sebaliknya.

Contoh dalam komunikasi suami isteri... Bila isteri bercakap, suami diam, isteri akan marah sedangkan suami diam sebab sedang dengar apa yang suami cakap, tapi isteri tak faham dia marah suami dia diam sebab wanita bila bercakap kita kena respon dengan apa yang dia cakap. 😁

2. Nada suara

Wanita bercakap dalam nada yang lebih perlahan serta menggunakan pitch dan lenggok untuk menekankan sesuatu. 


Nada percakapan lelaki lebih kuat dan menggunakan kelantangan untuk memberi penekanan.

Itulah yang akan berlaku, bila suami cakap tegas sikit isteri ingat suami dia marah dia.. hehe...

3. Lelaki lebih cenderung membuat keputusan sendiri berbanding wanita yang memilih kata sepakat.


Ini biasa, isteri nak pilih apa, biasa dia akan tanya pendapat suami... Tapi jarang suami nak tanya pendapat isteri dalam membuat sesuatu keputusan.

Tengok perempuan nak pilih handbag kat shopping mall dia boleh ambil gambar dan post kat Facebook Tanya kawan Facebook dia... Yang mana banyak Like Yang tu dia beli.. 😁

4. Kongsi cerita

Bercerita tentang perasaan, kehidupan peribadi dan perhubungan adalah sukar bagi lelaki berbanding wanita kerana ia menggambarkan kelemahan dan merendahkan status mereka sebagai jantina yang dominan.

Ini terbukti... Kalau tengok page luahan suami isteri, wanita yang mendominasi kan... Tengok ajelah page KRT di Facebook tu... Wanita lebih ramai dan banyak kisah luahan pasal isteri lebih banyak dari kisah luahan suami.

5. Kait dan debat

Dalam perbualan, wanita suka membuat perkaitan; lelaki pula suka berdebat.


6. Empati dan nasihat

Wanita menunjukkan keprihatinan dan cuba mewujudkan empati dan sokongan kepada orang lain, manakala lelaki cuba untuk membetulkan keadaan dan memberi nasihat.

Wanita lebih kepada emosi dan perasaan manakala lelaki pula lebih kepada rasional.


7. Bincang dan selesai masalah

Wanita lebih gemar mengambil masa untuk berbincang dan meneroka semua aspek akan sesuatu topik. 

Lelaki pula mahu menyelesaikan masalah dengan cepat dan selalunya tidak mengkaji situasi sepenuhnya.

Lelaki ni dia malas nak fikir banyak sebab banyak benda dia nak fikir... Jadi, sesuatu tu dia nak cuba selesaikan dengan cepat.. tapi wanita ni dia fikir jauh dan dalam... Kalau macam ni, macam ni. Begini dan begini... Itu kadang lambat dapat kata putus bila tanya isteri...

8. Minta pandangan orang lain

Salah satu cara wanita mengukuhkan perhubungan ialah dengan membincangkan masalah dan meminta pandangan orang lain.

Ya, ini realiti yang para suami kena faham. Bila ada masalah rumahtangga, berbincang dengan isteri... Isteri ni dia tak suka nak pendam dan simpan.. jadi, jadilah pendengar yang setia dan luahan hati dia dan bincanglah bila ada masalah bersama.

Sebab tu wanita dia post kat KRT tu jika suami dia jenis yang tak reti berbincang tu...

Itu MF kongsikan 8 fakta komunikasi lelaki dan wanita yang berbeza. Disebabkan perbezaan ini selalu jadi salah faham kan... 

Tapi, isteri dan suami saling belajar memahami antara satu sama lain, walaupun sampai kiamat kita tak kan faham. 

Namun, dengan sifat tolak ansur dan sabar InshaAllah rukun dalam rumahtangga itu dapat dipelihara hingga ke syurga.

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. mmg lelaki dan perempuan Allah jadikan berbeza cara fikir, cara membuat keputusan..yang penting kena cari keserasian baru wujud kefahaman

    BalasPadam
  2. Salah faham klu masing2 tak mahu ambil inisiatif utk memahami keadaan dan bertolak ansur, mmg boleh memburukkan perhubungan. Ada yg putus hubungan, tapi ada juga yg asyik salah faham memanjang, tapi kekal sampai ke tua, malah beranak pinak ramai pula tu... wallahualam :)

    BalasPadam
  3. Dalam hidup berumahtangga ni, salah seorang kena jadi air. Kalau dua2 jadi api memang akan asyik nak bertelagah jer. Bila tengah marah, ada baiknya salah seorang diamkan diri dulu. Dah tenang2 baru bincang balik. Diam tu bukan bermaknanya kalah. Tapi nak elakkan dari terkeluar & terlafaznya kata2 yang tak sepatutnya.

    BalasPadam
  4. Lone ranger or lone wolf is the best 😎🤟

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !