Type Here to Get Search Results !

6 Makanan Ini Berbahaya Jika Dipanaskan Semula!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

6 Makanan Ini Berbahaya Jika Dipanaskan Semula! | Lebihan masakan, sayang kalau nak dibuang... Jadi simpan dalam peti sejuk untuk dipanaskan semula... Tapi, awas, 6 makanan ni agak berbahaya jika selalu amalkan untuk dipanaskan semula... 



6 Makanan Ini Berbahaya Jika Dipanaskan Semula!

1. CENDAWAN

Makanan ini sebaiknya dimakan sejurus selepas dimasak. Jika ada baki hidangan cendawan adalah lebih dimakan sejuk tanpa perlu dipanaskan semula. Ini termasuk untuk cendawan yang dijadikan sup. 

Memanaskan kembali hidangan cendawan boleh menyebabkan perubahan komposisi atau kandungan protein dan rasanya. Ini boleh menyumbang pada masalah pencernaan dan kehilangan khasiat.

2. AYAM

Memanaskan semula ayam boleh menyebabkan perubahan komposisi atau kandungan protein. Tidak digalakkan memanaskan daging pada suhu tinggi terutama sekali ayam yang mengandungi lebih banyak protein dari daging merah. 

Jika mahu memanaskannya gunakan suhu rendah dan masa lebih lama. Macam panaskan rendang atau serunding. Itulah seni memasak orang tua kita dulu!

3. KENTANG

Kentang adalah sumber makanan penuh nutrisi dan sebaiknya tidak dipanaskan semula kerana akan menyebabkan kehilangan khasiatnya. Jadi makan hidangan berasas kentang selepas dimasak.

4. BAYAM, SELERI & UBI BIT

Tiga makanan ini adalah sayur yang penuh dengan unsue nitrat. Tapi bila dipanaskan semula ia berpotensi menjadi unsur karsinogenik yang tidak baik untuk tubuh. 

Makan hidangan ini selepas dimasak, habiskan atau jika ada lebih tak perlu panaskan, makan dalam keadaan sejuk. Tak sedap dah kalau panaskan semula pun kan...

5. TELUR

Ia lebih kepada hidangan telur rebus dan goreng. Tapi memang jarang orang nak panaskan balik dua hidangan ini kan. 

Pemanasan hidangan telur pada suhu tinggi untuk kali kedua akan menyebabkan telur kehilangan khasiat.

6. NASI

Sehingga kini ia dipertikaikan kerana jadi kebiasaan kita memanaskan semula nasi atau menggoreng kembali lebihan nasi, dan tindakan ini tidak pula menjejaskan kesihatan. 

Tapi perlu diingat memanaskan nasi yang telah terdedah lama boleh mendedahkan ia pada bakteria. Inilah yang menyebabkan punca sakit perut. 

Boleh saja menggunakan kembali lebihan nasi asalkan kita menyimpannya dengan baik.

Sumber: Karangkraf

Biasanya, MF masak ngam bagi habis... Kalau masak pagi, bajet untuk habis sampai malam... Malam terus cuci kuali periuk semua... Esok masak lain... Biasa kalau tak habis, ialah bila tak terancang... contoh masak pagi, tengah hari petang keluar rumah jenjalan... malam tak makan... Tapi kalau tak habis pun tak simpan dalam peti... Biar aje dalam periuk atau kuali tertutup... Pagi-pagi terus panaskan... Makanan dipanaskan semula memang kurang sedap sebab khasiatnya pun dah kurang. 

Panaskan makanan dengan cara mengukus

Kalau makanan yang diperlu dipanaskan, MF lebih suka kaedah mengukus untuk panaskan semula makanan... Bukan dimasak kembali... Dan memang jarang guna mikrowave melainkan makanan frozen, atau nak makan dengan cepat. 

Semoga bermanfaat.
Terima kasih membaca artikel makanan yang berbahaya jika dipanaskan semula. Semoga ianya bermanfaat untuk kita amalkan dalam kehidupan. 

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tqsm atas info ni.

    BalasPadam
  2. tu la.
    mcm duduk berdua senang nak control sbb masak cukup2. makan bg hbis terus. kecuali kalau ada gulai atau kari.

    selalunya jd begini bila dikg. ramai2 masak byk. pastu ada lebihan..

    nice sharing mf. tenkiu.. kena ingat ni

    BalasPadam
  3. Kinah memang tak berapa suka dengan makanan yang dipanaskan semula. Nice sharing kak maria.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Top Post Ad

Below Post Ad