بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
5 Tanda Isteri Penat Yang Suami Patut Tahu dan Cara Atasinya | Isteri banyak pengorbanannya dalam rumahtangga. Isteri ni ibarat jantung sebuah keluarga. Tanpa isteri, rumah jadi suram dan kusam tak bermaya. Kalau tak percaya, tanya lah mana-mana orang lelaki, keadaan bila isteri dia sakit. Tak pun isteri dalam pantang. Tak seronok kan.
Tapi isteri ni walaupun sakit macam mana dia boleh jadi sangat kuat. Dari mana kekuatan tu kadang tak tercapai dek akal. Macam baru-baru ni, lepas habis sesi jaga anak demam selama 2 minggu... Giliran MF pula demam... Tapi tak rasa demam... Cuma macam letih sangat. Sekali periksa guna termometer 39.5 suhunya. Terkejut kau.. 😅.. barulah telan Panadol dan suami suruh tidur. Alhamdulillah... Dah kebah .. sambung buat kerja rumah semula.
Itulah bukti... Demam pun kadang tak sedar... Sebenarnya, kepenatan isteri boleh menjejas hubungan rumahtangga kalau suami tak faham yang isteri dia penat. Tambahan kalau suri rumah sepenuh masa. Memang takde masa nak rehat goyang kaki kalau anak lebih dari sorang terutamanya. Macam lipas kudung buat kerja.
Jadi, suami la kena faham yang isteri dia penat sebenarnya bila ada 5 Tanda ini.
1. Kuat membebel
Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa. Benda sekecil apa pun boleh jadi punca si dia untuk menjadi marah dan beremosi. Pasal air tumpah, dia punya marah macam nak terbalik dunia.2. Menangis
Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab. Ye, bila isteri penat sangat dia akan menangis sendiri... Suami kena lah faham... Kadang dia mengelak... Nangis ke? Eh tak lah... Mata masuk habuk... Jadi, kaum suami kena faham la tu ye.. Tu tanda dia penat lah tu.3. Mudah jatuh sakit.
Kerap demam, sakit badan, migrain.. itu tanda isteri penat sangat. Dia penat fizikal dan emosi juga. Jadi, suami berilah peluang untuk isteri berehat. Contohnya, dalam seminggu berikan cuti memasak bagi dia.. suami pula ambil alih tugas tu.. pasti dia suka.4. Wajah jadi redup tak bermaya.
Wajah kusam, banyak jerawat dan tak bermaya.. itu tanda penat melampau. Kalau bersolek sekali pun tak kan boleh naik seri dah... Sebab letih sangat. Tapi kalau penat sangat mana mampu nak make up bagai kan.. jadi, suami kena faham jangan tau komplen je.5. Selera makan yang berubah
Bila badan terlampau penat, akan hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau. Asyik nak makan je... Ada isteri bila penat dia tak lalu nak makan, ada yang sebaliknya... Jadi, ini menyebabkan dan punca badan isteri kurus atau gemuk tanpa sedar..
.
.
Info ekstra
Marahkan anak tanpa sebab
Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak. Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi.Ini tanda paling jelas bila isteri penat. Dia akan jadi pemarah yang melampau. Bahkan boleh sampai tahap mendera tanpa sedar. Itu sebab ada kes ibu dera anak tu.. jadi jangan hairan.
Apa Yang Boleh Buat Bila Isteri Anda Tanda Ini?
1. Peluk
Bila isteri penat buat kerja, peluklah dia dengan penuh kasih sayang. Bau badan suami tu, perfume yang paling menenangkan pada isteri... Tapi mandi dululah kalau baru balik kerja tu... 😁2. Bantu dia buat kerja rumah.
Sumber: Google image |
[Baca] 10 Perkara Yang Isteri Suka Suami Buat
3. Berikan ruang untuk dia lakukan apa yang dia suka ("me time")
Yang ni impian semua para isteri. Me time atau masa untuk bersendirian. Berikan ruang untuk isteri lakukan apa yang dia suka. Macam MF sendiri, dapat tidur tanpa gangguan itu satu me time Yang paling best... 😀4. Ajak dia shopping
Shopping ni mana perempuan yang tak suka. Boleh dikatakan majoriti perempuan suka shopping. Jadi, nak rehatkan isteri ajaklah dia shopping walaupun sekadar pergi pasar malam atau kedai RM2.12. hehe5. Layan luahan hati dia
Jadilah pendengar yang setia. Bila suami balik kerja, dah rehat tu tanyalah dia apa aktiviti dia kat rumah sepanjang hari tu.. biarkan dia bercerita tentang apa sahaja yang dia rasa dia nak luahkan.Itulah yang MF boleh kongsikan bersama berdasarkan pengalaman sendiri sebagai isteri dalam melayari kehidupan rumah tangga.
Walaupun suami MF banyak dok kat rumah, kerja di rumah tapi kerja rumah MF Buat juga... Buat totally suami buat. Suami buat masa MF keluar kerja je... Hujung minggu, memang sepenuhnya MF akan buat... Tapi, MF enjoy je...
Sebenarnya, ustaz selalu pesan, buat kerja rumah ikhlas kerana Allah InshaAllah tak penat. Kalau kita buat untuk suami, sebab tanggungjawab kita sebagai isteri, kita akan rasa penat.
Selain tu, Nabi s.a.w pernah bersabda dan berikan tips kepada Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah s.a.w yang merungut penat dengan kerja rumah sebagai isteri. Petuanya iaitu, amalkan zikir ini...
سبحان الله 33
الحمدلله 33
الله اكبر 33
Tips berguna ni. Tqq!
BalasPadamAmin. Mudah-mudahan rumahtangga MF berkekalan hingga ke Jannah
BalasPadamsikap bertolak ansur dan tolong mnolong tu pentng
BalasPadamsangat2 betul dan realistikkk
BalasPadamsangat2 betulll dan realistikk
BalasPadamAmalan yang sepatutnya dipraktiskan oleh suami isteri.. Terima kasih kak Maria kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat..
BalasPadamIsteri penat? Ada penyelesaiannya. Bagi suami kahwin satu lagi, selesai masalah!
BalasPadam