GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Zikir Amalan Yang Boleh Elakkan Kemalangan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Zikir Amalan Yang Boleh Elakkan Kemalangan | Malang tak berbau.. Tapi malang boleh dielakkan jika kita sering beringat. Antaranya selalu beringat kepada Allah dengan berzikir.

Zikir mudah... Dalam setiap pekerjaan yang kita buat boleh amalkan. Dalam hati je.. Takde orang dengar pun..

Setiap kerja yang kita buat ada risiko... Tapi risiko itu boleh dikurangkan dan dilindungi dengan amalan zikir yang mudah.

Zikir Amalan Yang Boleh Elakkan Kemalangan

Zikir Dibaca Pagi dan Petang Menjauhkan Kecelakaan


عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ قَال سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Dari Aban bin Utsman ia berkata; saya mendengar Utsman bin 'Affan RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: 

"Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan; BISMILLAAHILLADZII LAA YADHURRU MA'AS MIHI SYAI UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAAI WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIM (Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui) sebanyak tiga kali melainkan ia tidak akan diganggu oleh sesuatupun." 
(Sunan Tirmidzi No: 3310) Status: hadis hasan sahih

Pengajaran Hadis:

Pelbagai jenis zikrullah boleh dibaca, sama ada mengikut peristiwa, perkara yang ingin dilakukan atau masa tertentu.

Ada zikrullah yang digalakkan untuk dibaca pada pagi dan petang, antaranya:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui)

Sesiapa yang membaca zikir di atas pada pagi dan petang hari sebanyak 3 kali, dengan izin Allah, dia akan dijauhi dari sesuatu kecelakaan.

Bacaan zikir ini yang boleh dibaca sebaik-baiknya selepas solat Asar dan Subuh.

Tapi MF amalkan setiap kali memandu waktu pagi dan petang ketika balik kerja. Ya.. Jalan yang MF lalu pergi balik kerja tu berisiko.. Banyak lori yang besar-besar, jadi amalan zikir ini adalah pelindung diri yang paling baik. Manfaat dunia dapat, manfaat di akhirat pun dapat.

Ayuh.. Jom amalkan selalu... Moga beroleh manfaat dan keberkatan.

2Ulasan

  1. Memang kena rajin amalkan zikir ni di zaman pandemik ni. Moga kita sentiasa dilindungi Allah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih untuk ingatan doa ini.. semoga yang baik-baik juga untuk sis sekeluarga.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ