GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

3 Pemberian Yang Kita Tak Boleh Tolak Kalau Orang Bagi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Pemberian Yang Kita Tak Boleh Tolak Kalau Orang Bagi | Hadiah atau pemberian, siapa tak suka kan... Tapi ada sesetengah hadiah kita tak boleh nak terima sebab macam remeh je hadiah sebegitu.. mungkin juga hadiah itu tak mahal macam emas. Kalau hadiah emas mesti takde siapa yang tolak kan.. 

Tapi dalam Islam, dijelaskan ada 3 hadiah yang tak boleh kita tolak... Iaitu hadiah, minyak wangi dan susu. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

Dari Ibnu Umar rodhiyallahu anhu :

Rasulullah shollahu alayhi wassalam bersabda,

“Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.” Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi – Status Hadis: Hasan

3 Pemberian Yang Kita Tak Boleh Tolak Kalau Orang Bagi

Penjelasan hadis:

1. Maksud bantal dalam hadis di atas membawa maksud sesuatu yang menyerupai tempat duduk seperti kerusi, sepertimana kebiasaan arab dalam memuliakan tetamunya dengan menyediakannya untuk orang yang berkunjung kerumahnya..(bukannya bermaksud lafaz bantal yang digunakan orang melayu hanya untuk tidur)

Pada suatu hari telah masuk Jarir bin Yazid ke rumahnya sya'bi-bersamanya sebilangan alim ulama. Maka sya'bi menyuruh menyediakan bantal, maka mereka berkata tidak perlu kerana mereka sudah tua (tidak kisah) maka berkata sya'bi bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda "Apabila datangnya seorang yang mulia di antara kamu maka muliakanlah mereka"
disebabkan itu terdapatnya larangan menolak pemberian tesebut dan juga yang menyerupai dengannya..

Diriwayatkan Tabroni, "Suatu hari datang Ibnu Umar pada Ibnu Matiq dan memberikan salam padanya maka dibalas salamnya dengan lafaz "waalaikmussalam" dan selamat datang wahai ayahnya Abdul Rahman dan mempersilakan Ibnu Umar duduk diatas bantal lalu berkata Ibnu Umar "Sekiranya aku tidak pernah mendengar sabda Nabi s.a.w "Tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.” nescaya aku tidak akan duduk diatasnya.

Dalam musannif Abi Syibah bahawa Abu Qilabah telah memberi bantal kepada seorang lelaki dan berkata Abu Qalabah "Janganlah kamu menolak penghormatan yang diberikan pada kamu"

Ibnu Hajar: Telah berkata mirak "apabila seseorang memberikan kemuliaan pada tetamunya dengan menyediakan bantal maka janganlah ditolaknya dan adapun sebab larangannya menolak pemberian bantal,susu,dan minyak wangi kerana ia merupakan pemberian yang sedikit nilainya dan tidak patut ia menolaknya.

Hadiah yang Tidak Boleh Ditolak


Telah datang bersama kita dalil-dalil secara umum yang menunjukkan tidak bolehnya menolak hadiah. Akan tetapi telah datang dalil-dalil khusus yang menunjukkan tidak bolehnya menolak sebahagian hadiah disebabkan zat hadiah tersebut. Di antaranya:

1. Sabda beliau shallallahu ‘alaihi wasallam,

“Tiga perkara yang tidak boleh ditolak: bantal-bantal, minyak wangi, dan susu.” (HR. At Tirmidzi dari Umar, dan terdapat di dalam Shahihul Jami’ [3046] dan Ash Shahihah [619] dan Shahih At Tirmidzi [2241])

Ath Thibi rahimahullah berkata, “Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menginginkan bahwasanya tamu itu dimuliakan dengan memberikan bantal, minyak wangi, dan susu. Dan itu merupakan hadiah yang sedikit jumlahnya, maka tidak sepantasnyalah ditolak.” (Tuhfatul Ahwadzi [8/61], hadits no. 2942)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Barangsiapa ditawari raihan, maka jangan menolaknya, sebab raihan itu mudah dibawa lagi harum baunya.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Musnad Abu Ya’la, Shahihul Jami’ [6268])

Ibnu Atsir berkata di dalam An Nihayah, “Ar Raihan adalah setiap tumbuhan yang harum baunya yang termasuk dari jenis wewangian.”

Sumber: Telegram Group

Jadi, jelas kan... Memang ada hadiah yang kita tak boleh tolak... Kalau minyak wangi tu mungkin la orang tak tolak..  tapi kalau bantal tu lebih kepada tempat duduk... Jadinya kalau orang hadiah kan kerusi, kenalah terima ye...

Penjelasan ini lebih kepada adab kepada tetamu sebenarnya... Maknanya kalau kita sebagai tetamu, orang suruh duduk kita kena lah duduk... Jangan jawab.. "eh, takpe-takpe saya berdiri je.. kejap je ni..."

Kalau tuan rumah hidangkan susu... Kenalah minum... Sebab susu ni sihat dan berkhasiat.. cuma kat Malaysia ni rasanya takde lagi orang hidangkan susu kat tetamu. . Hidang Milo susu, teh susu ada la kan...

Bab minyak wangi tu, ikut budaya orang Arab agaknya... Dia memuliakan tetamu dengan memakaikan minyak wangi.. tapi kat Malaysia takde pula orang datang kita sembur minyak wangi... Tapi kalau kat rumah orang tu dia pasang pewangi dalam rumah kita kena terima jangan komplen kata tak sedap la baunya atau bau busuk... Jangan-jangan komplen Ya...

Itu sahaja yang mampu mf kongsikan.. 
Semoga bermanfaat... 

7Ulasan

  1. Tak tahu pula pasal ni.
    So far belum ada lagi tuan rumah yang offer bantal & minyak wangi. Susu pun takde, tapi hidang air lain tu ada. Tak sangka memang kena minum. :)

    BalasPadam
  2. Oooo lepas ni kalau org suruh duduk, kena duduk la walaupun sekejap.. terima kasih info baru ni kak Maria.

    BalasPadam
  3. Ok, noted..Thanks info !

    Tengah terpikir nak bagi hadiah buat pengantin...hehe..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ