GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Amalan Untuk Meraih Cinta Mu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kita dapat masuk syurga hanya apabila Allah suka akan kita. Allah reda. Adapun amalan yang kita lakukan hanyalah sebagai prasyarat untuk membuatkan Allah suka akan kita.

Maka untuk membuatkan Allah suka, lakukan apa yang disukai-Nya. Berikut 5 amalan yang Allah suka.

5 Amalan Untuk Meraih Cinta Mu

..........................................................
5 amalan untuk Allah sayang


1. Amal sedikit yang konsisten.

Nabi berpesan: “Luruskan dan rapat-rapatkan saf. Ketahuilah tiada seorangpun yang akan berjaya masuk syurga disebabkan amalannya! Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah yang konsisten walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari)

Mungkin tabiat kita menderma 10 sen setiap kali ke surau sangat disukai Allah. Atau 10 saat menelefon ibu di kampung pada setiap pagi untuk memohon doa daripada beliau. Atau sentiasa merapatkan saf ketika solat berjemaah sebagaimana anjuran Nabi dalam hadis tersebut.

..........................................................

2. Amalan fardu.

Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi: “Tiada amalan yang hamba-Ku lakukan untuk mendekati-Ku yang lebih Aku suka daripada amalan yang telah Aku fardukan ke atasnya.”  (Riwayat al-Bukhari)
Maka janganlah kita giat melakukan kebaikan demi mengharapkan Allah reda tetapi amalan fardu terabai.

..........................................................

 3. Solat tepat masa.

Sudah tentu amalan fardu paling utama ialah solat fardu lima waktu. Maka laksanakannya dengan terbaik. Dan sudah tentu caranya dengan solat berjemaah pada awal waktu.

Nabi pernah ditanya: “Apakah amalan yang paling disukai Allah?”
“Solat tepat masanya.”
“Kemudian?”
 “Berbuat baik kepada ibu bapa.”
 (Riwayat al-Bukhari)

..........................................................

4. Berbuat baik kepada ibu bapa.

Untuk berjaya di dunia dan di akhirat, hubungan dengan Allah dan sesama manusia mesti seiring. Tidak ke mana-mana juga jika sibuk beribadah tetapi tanggungjawab sosial diabaikan. Sudah tentu insan paling utama untuk diberi khidmat ialah ibu bapa.

..............................................................................

5. Mencintai Allah n rasul-Nya 

Maknanya kita melakukan sesuatu amalan dalam keadaan penuh penghayatan, bukan sekadar rutin harian yang tidak terasa kesannya di jiwa lagi.

Seorang sahabat bertanya: “Bilakah Kiamat?”
“Baginda bertanya kepadanya: “Apa yang kamu persiapkan untuknya?”
“Wahai Rasulullah, aku tidaklah persiapkan banyak puasa, solat mahupun sedekah. Tetapi aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.”
“Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.” (Riwayat al-Bukhari)

Kredit: Facebook Uswatun Hasanah

Buat 5 perkara ni confirm Allah sayang... Bukan orang tapi Allah.. tak nak ke raih cinta Allah, iaitu cinta yang paling agung dan hakiki di alam semesta ini... kalau nak kena lah buat 5 perkara tu sebagai amalan yang berterusan hingga akhir hayat. 

0Ulasan