GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hati-hati Dengan Rezeki Terpijak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hati-hati Dengan Rezeki Terpijak | Rezeki seronok kalau dapat kan.. Apatah lagi durian runtuh atau rezeki terpijak.

Namun, ada kalanya rezeki terpijak itu rezeki yang haram walaupun secara dasarnya nampak halal. Jangan mai-main.

Hati-hati Dengan Rezeki Terpijak

KONONNYA REZEKI TERPIJAK RUPANYA BATIL?

Pernah atau tidak sewaktu kalian membeli, peniaga tersilap menekan item, atau jumlah atau harga?

Hasilnya, barang tersebut tiba-tiba dimiliki dengan harga LEBIH MURAH. Peniaga pula TIDAK PERASAN kesalahannya.

Ramai menggelarkan ini sebagai rezeki terpijak atau tuah dan sebagainya. SEBENARNYA, ia adalah aqad yang TIDAK SAH di sisi hukum Fiqh Islam disebabkan harga yang silap itu bukanlah yang diredhai dan yang diijabkan oleh penjual. Dalam Fiqh Muamalat ia dinamakan Al-Ghalat

الغلط‏:‏ بأنّه تصوّر الشّيء على خلاف ما هو عليه
ertinya : Dia membayangkan sesuatu yang tersasar dari apa yang sebenarnya. (Hasyiah Al-'Adawi 'ala Khurashi)

Dalam contoh isu kita adalah tersilap meletak sama ada harga atau jenis barang sewaktu aqad dimeterai.

Kesannya, jika kita terus mendiamkan diri dan mengambil barang terbabit maka HUKUKMNYA adalah kita memiliki dan menggunakan hak orang lain tanpa sah, maka boleh jatuh ke dalam dosa merampas harta orang lain tanpa aqad yang sahih.

Malah keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Al-Syafi'e dan Hanbali mengganggap aqad tersebut sebagai Batal.

Pun begitu, ia  boleh menjadi SAH dan HALAL jika :-

a- Dimaklumkan kepada penjual dan minta dihalalkan & penjual mengizinkannya.
b- Pergi semula ke peniaga terbabit lalu dibayar harga sebenar.
c- jarak terlalu jauh untuk bertemunya, MESTILAH hubunginya melalui medium komunikasi moden bagi mendapat izin.
d- Jika tidak mampu dicari peniaga terbabit kerana tiada lagi ingat tempatnya dan resit juga sudah hilang, serta memang tidak mampu sama sekali menjejakinya, bolehlah MENDERMA perbezaan nilai wang terbabit dan disedeqahkan atas nama peniaga yang tidak dikenali tersebut, kelak di akhirat, Insha Allah ia akan menjadi ganjaran luar dugaan buatnya. Jika dia bukan Islam, derma tersebut bakal memberikannya kebaikan di dunia. Wallahu'alam.

Sekian,

#DrZaharuddinAbdRahman
elzarshariah.com

Kredit : Telegram channel Dr. Zaharuddin.

Nampak simple je kan.. Ishhh.. Tapi zaman sekarang ni jangan buat main... Nampak remeh je... Tapi sebenarnya hukumnya haram dan batil.

6Ulasan

  1. Hal kecil jangan dianggap mudah dan ringan..

    BalasPadam
  2. TQ atas perkongsian..cam best dpt murah...rupanya ada kes cam tersilap tekan jumlah jugak kan...

    BalasPadam
  3. nice sharing kak.. CT tahu part yang kita kena bagitahu peniaga balik tu n ekot peniaga nak kita bayar balik atau dia halalkan.. kalo dedua terlepas pandang mcam mana ya ? aduh.. mudah2an tak terjadi macam ni.. terbayar lebih pernahla especially kt supermart..

    BalasPadam
  4. Menarik post ni!

    Dulu pernah makan di fast food restaurant, cashier bagi meals yg sy pilih tapi dia tersalah key in menu yg harganya lagi murah. Dan sy pun bayar je tak terfikir pulak nak check. Mujurlah tergerak hati nak tengok resit sebelum buang dan dapat pergi semula utk bayar selebihnya. Dan mujur jugak kat resit ada tertulis nama cashier.

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  5. bnda simple je tpi berat hukumnya...huhu..nice share

    BalasPadam
  6. Setuju kak MF. Rasa tak berkat je kalau kita perolehi rezeki tu bukan dengan yang diredhai Allah SWT. Info nasihat yang sangat bagus kak MF. :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ