GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Perkara Ini Perlu Kita Faham Kalau Nak Jiwa Tenang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Fahamilah 7 perkara dalam hidup ini.

7 Perkara Ini Perlu Kita Faham Kalau Nak Jiwa Tenang

1. Apabila meninggal dunia seorang ayah, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.

2. Apabila meninggal dunia seorang ibu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya.

3. Apabila meninggal dunia seorang abang, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama.

4. Apabila meninggal dunia seorang kakak, maka hilanglah senyuman kasihnya.

5. Apabila meninggal dunia seorang adik, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya.

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

Ketahuilah...hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka...
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan hati kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat  meninggalkan dunia yg fana ini.

Andai kita melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kita melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

Manfaatkanlah masa yang berharga ini, sebelum kesempatan itu berlalu pergi.

Kredit : Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM 

2Ulasan

  1. hati yang tenang memang memaafkan. hati kata boleh memaafkan tapi nak melupakan apa kesalahan yang dibuat, amatlah susah :') terima kasih atas perkongsian sis maria.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ