Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Pilihan Hotel Baru di Melaka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Pilihan Hotel Baru di Melaka | Hari ni, MF nak kongsikan pasal cuti-cuti Malaysia. Maklumlah, Cuti Tahun Baru Cina dah dekat ni, jadi kena la survey bab-bab cuti ni... Bila sebut bab cuti, perkara pertama mesti fikir kat mana nak pergi kan. Kalau MF akan cari satu tempat yang menarik tapi banyak tempat boleh singgah dan pergi, tapi mesti sesuai untuk anak-anak dan juga orang dewasa.

Dalam banyak-banyak negeri kat Malaysia ni, salah satu negeri yang akan jadi pilihan MF bila nak pergi bercuti ialah negeri Melaka. Sebab apa Melaka? Sebabnya, Melaka ni negerinya kecil tapi banyak sangat tempat yang best dan menyeronokkan boleh kita jelajah.

Setakat ni, dah banyak kali MF singgah Melaka bila balik dari kampung atau balik dari KL. Sebab banyak lagi tempat yang menarik MF tak pernah pergi di Melaka.

Apa Yang Menarik di Melaka?

Ini MF nak kongsikan tempat-tempat best yang menjadi tarikan utama bila orang pergi Melaka. Memang orang tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke Melaka. Senang kata, kalau dah pergi Melaka, tak lengkap tak pergi ke tempat-tempat ini.

1. Melaka River Cruise 

5 Pilihan Hotel Baru di Melaka

Kalau nak berjalan-jalan sekitar bandar Melaka dengan cepat tanpa penat lelah nak cari  parking, naik aje Melaka River Cruise. Sepanjang perjalanan selama 45 minit, kita akan dapat bahagian terbaik dari bandar bersejarah ini seperti kampung tradisional Melayu Kampung Morten dan mural yang indah di sepanjang Jonker Walk.

2. Menara Taming Sari

Menara Taming Sari di Banda Hilir adalah menara gyro, yang menawarkan pemandangan 360 darjah ke bandar yang menarik. Perjalanan naik ke atas dan berpusing tu hanya selama tujuh minit, tetapi kita akan mendapat gambaran hampir semua bandar yang ditawarkan; tempat tumpuan pelancong utama seperti Bukit Memorial St. Paul dan Memorial Kemerdekaan dan tapak membeli-belah moden seperti Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Seronok betul dapat tengok permandangan dari atas menara ni. Takdelah gayat mana, sebab tak tinggi mana pun... Walaupun sekejap je tapi seronok.

3. Taman Botani Melaka


5 Pilihan Hotel Baru di Melaka
Rumah untuk lebih daripada 300 spesies flora dan fauna, menikmati pemandangan pagi yang indah, tempat jogging yang sihat atau menunggang basikal melalui laluannya, dan apabila siap riadah, jangan ketinggalan untuk buat lawatan ke Village Book yang terletak betul-betul di tengah taman itu.


4. Chinatown

Mengharapkan sesuatu yang luar biasa dan unik pada setiap masa. Tempat yang meriah ini mempunyai seni bina mata yang menarik dan pencahayaan yang cemerlang. Pusat Chinatown terletak di Jonker Street, di mana anda tidak ingin ketinggalan di pasar malam hujung minggu yang sibuk. Tempat makan boleh didapati dengan banyak dan pastinya tempat terbaik untuk berkumpul di Melaka.


5. Istana Kesultanan Melaka 


5 Pilihan Hotel Baru di Melaka
Ini sebenarnya adalah replika istana asal yang juga dikenali dengan nama Istana. Terdapat lebih daripada satu ribu tiga ratus pameran berserta lukisan, gambar, cetakan dan artifak.

Cukup MF kongsikan 5 tempat yang menarik menjadi tumpuan pelancong bila datang ke Melaka. Ada lagi tempat menarik di Melaka yang boleh kita lawat. Boleh rujuk SINI, untuk dapatkan lebih info tentang tempat-tempat serta tempat makan menarik di Melaka.


5 Pilihan Hotel Baru di Melaka

5 Pilihan Hotel Baru di Melaka

Tak seronok la jenjalan saja tapi tak menginap di Melaka. Lagipun sehari jalan mesti penat punya, baru pergi dua tiga tempat mesti dah letih tambah dengan anak-anak lagi. Jadi, sehari saja tak cukup nak jenjalan. Kena ambil dua tiga hari paling kurang kan.. Jadi, kena cari hotel yang best untuk menginap melepaskan lelah sebelum sambung perjalanan seterusnya.
Ada 5 pilihan hotel baru yang menarik di Melaka.


1. Majestic Hotel Melaka

5 Pilihan Hotel Baru di Melaka

Sebelum ini sebuah kediaman peribadi seorang peniaga China, rumah agam 1920 kini merupakan sebahagian daripada hotel mewah (bersama-sama dengan menara penginapan 20 tingkat), dengan beberapa lekapan asalnya yang masih dikekalkan, seperti jubin Straits China di lobi penerimaan dan kaca berwarna berwarna di pintu masuk rumah itu.

2. Casa del Rio Melaka


5 Pilihan Hotel Baru di Melaka
Casa del Rio, Sepanyol untuk rumah di tepi sungai adalah harta yang elegan yang terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka yang indah. Sebuah rumah yang sesungguhnya, dan ia merangkumi banyak kebudayaan yang dilihat oleh Melaka sejak abad ke-14 (Portugis, Arab dan Cina) melalui struktur yang diilhamkan oleh Mediterranean.

3. Philea Resort & Spa

5 Pilihan Hotel Baru di Melaka

Resort log pertama Malaysia, Philea Resort and Spa, menawarkan percutian seperti tidak lain, hanya lima minit dari jalan keluar Ayer Keroh. Menawarkan ketenangan di dalam kawasan hijau yang subur, Kemudahan di resort ini termasuklah kolam renang luaran  yang besar dengan air terjun buatan manusia, bilik karaoke, bilik kanak-kanak, kedai makanan dan minuman enam.

4. Hatten Hotel Melaka

5 Pilihan Hotel Baru di Melaka

Hatten Hotel Malacca adalah pilihan yang ideal jika korang mencari tempat tinggal di lokasi yang boleh diakses. Lebih 700 bilik dan suite, Hatten adalah salah sebuah hotel terbesar di bandar Warisan Dunia UNESCO, dan juga tempat utama - ia terletak betul-betul di atas harta kakaknya, Hatten Shoppes.

5.The Settlement Hotel


5 Pilihan Hotel Baru di Melaka

The Settlement Hotel adalah tempat yang sangat mengejutkan - sebuah tempat bertaraf lima bintang yang terletak di Jalan Ujong Pasir di Melaka, yang terletak di dalam sebuah rumah pasca-perang 1960-an. Dihidupkan semula menggunakan kayu tua, batu semula jadi dan seramik yang diselamatkan, ia adalah gabungan seni bina neo-klasik dan koleksi unik perabot Peranakan yang diilhamkan.

Menarikkan hotel-hotel ni semua... Ada keunikan dan sejarah yang tersendiri. Betul, di Melaka ni, hotelnya memang unik... Bukan seni bina luaran sahaja, tapi lanskap, hiasan dalaman semuanya menarik. Itulah kelainan hotel di Melaka.

3 Cara Untuk Ke Melaka

1. Dengan Kapal Terbang

Walaupun Melaka kecil tapi ada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang terletak 9 km dari bandar. Pada masa ini lapangan terbang itu ada tiga syarikat penerbangan utama: Wings Air, Sky Aviation dan Firefly. Ia mempunyai sambungan yang terhad, dengan syarikat-syarikat penerbangan ini terutamanya menjalankan laluan ke Pekanbaru (Indonesia), Tanjong Pinang dan Medan (melalui Subang Aiport).

2. Dengan Bas 

Mengembara dengan bas adalah cara pengangkutan yang disukai oleh kebanyakan orang kerana terdapat banyak syarikat bas yang membuat beberapa perjalanan pada waktu yang berlainan ke pelbagai destinasi di Malaysia setiap hari. Dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) di Kuala Lumpur, boleh memilih dari beberapa operator untuk menaiki bas ke Melaka. MF pernah ke Melaka dengan bas, seronok juga dan banyak pilihan bas sama ada dari utara ke atau dari selatan.

3. Kereta Persendirian

Bagi yang bekeluarga, lebih selesa naik kereta sendiri kan. Memang mudah nak ke Melaka... Naik Highway PLUS, sama ada dari utara atau selatan, terus Exit Ayer Keroh... MF biasa exit situ sebab paling pantas nak jumpa tempat menarik yang utama iaitu Zoo Melaka. Tepi jalan je... Hotel pun banyak area situ. Jika dari Johor, boleh je lalu Muar, tembus juga ke Melaka. Ikut jalan lama. Pun boleh juga..

Ok, itu kisah pasal Melaka sahaja... Dah berjela gitu sembang. Sebenarnya kat Malasia ni banyak tempat yang kita tak perasan dan tak pernah nampak bahawa setiap tempat tu menarik. Setiap negeri ada tempat tersembunyi yang menarik. Contohnya di Perlis ada Gua Kelam. Di Kedah, ada Lembah Bujang dan Hutan Lipur Sedim. Manakala di Perak pula ada Hutan Royal Belum. Itu di kawasan Utara sahaja. Tapi sebenarnya yang MF sebut ni, MF sendiri tak sampai lagi... Masuk dalam wishlist untuk sampai ke sana nanti. Kat Kedah negeri tempat lahir MF sendiri pun tak habis pusing lagi tu... Tapi memang banyak tempat menarik yang kita tak pernah di lihat ada di Malaysia ni.

Banyak senarainya kalau korang sendiri nak tengok boleh tengok kat 41 senarai tempat-tempat menarik yang tak pernah dilihat di Malaysia. Tengoklah situ, memang banyak sangat kalau MF nak senaraikan dan ceritakan. Sampai esok belum tentu habis.. hehe...

Ok, itu kisah jenjalan sekitar Melaka, hotel baru di Melaka dan tempat menarik di Melaka. Kenapa Melaka? Sebab banyak tempat best di Melaka yang kita boleh jejak. Jangan pandang Melaka ni kecil takde apa ye... Banyak sangat tempat best. Tak sah juga ke Melaka jika tak buat 5 aktiviti ini...

  1. Memilih Buah-Buahan di Ladang Buah Tropika Melaka
  2. Menikmati pencuci mulut di Klebang Coconut Shake
  3. Pergi ke bawah air di Oceanarium Shore
  4. Nikmati pemandangan Melaka dari Menara Sky Melaka.
  5. Tonton Melaka Live!

Haihh... cukuplah bercerita bab Melaka nih, rasa nak terbang terus ke sana je.. sebab banyak sangat aktiviti menarik, tempat best, dan tempat tidur yang menyenyakkan di Melaka ni... Jadi, jom masukkan Melaka sebagai senarai percutian keluarga sempena Tahun Baru Cina atau cuti sekolah nanti ya. Jangan lepaskan peluang!.

Catat Komen

4 Ulasan

  1. wah...kena masuk list ni..ada tmpt yg blum pergi lg

    BalasPadam
  2. hotel nombor 3 tu saya pernah tidur
    memang selesa dan puas hati
    cantik gila tempat dia

    BalasPadam
  3. casa del rio tu memang cantik tapi menangis tengok harga dia

    BalasPadam
  4. Bestnya Melaka. Walaupun negeri yg kecil tp amma.sendiri pun X khatam lg

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^