GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

4 CARA MENGENALI AIB DIRI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


EMPAT CARA MENGENALI AIB DIRI

Sumber : Google images 

​Imam Al-Ghazali berkata;

إعلم أن الله عز وجل إذا أراد الله بعبد خيرا… بصره بعيوب نفسه، فمن كانت بصيرته نافذة… لم تخف عليه عيوبه، فإذا عرف العيوب… أمكنه العلاج، ولكن أكثر الخلق جاهلون بعيوب أنفسهم، يرى أحدهم القذى فى عين أخيه ولا يرى الجذع فى عين نفسه.

Ketahuilah bahawa Allah Azza wa Jalla jika menginginkan kebaikan kepada hambanya… Allah menunjukan kekurangan dirinya, maka siapa yang mata hatinya terbuka… pasti akan terlihat kekurangan dirinya, jika dia mengetahui kekurangan dirinya… maka memungkinkan baginya untuk mengubatinya, akan tetapi kebanyakan orang tidak mengetahui kekurangan diri mereka, salah seorang dari mereka boleh mengetahui kekurangan orang lain tapi tidak bisa mengetahui kekurangan diri sendiri.

فمن أراد أن يقف على عيب نفسه… فله أربعة طرق : 

Maka barangsiapa yang ingin mengetahui kekurangan dirinya… maka baginya empat jalan atau cara :

الأول : أن يجلس بين يدي شيخ بصير بعيوب النفس، مطلع على خفايا الآفات.

Yang pertama : Duduk di hadapan seorang guru yang mengetahui kekurangan dirinya dan dapat melihat hal-hal jelek yang samar.

الثاني : أن يطلب صديقا صدوقا بصيرا متدينا، فينصبه رقيبا على نفسه ليلاحظ أحواله وأفعاله، فما كرهه من أخلاقه وأفعاله، وعيوب الباطنة والظاهرة… ينبهه عليه.

Yang kedua : Mencari teman yang jujur, mengerti kekurangan dirinya dan menjalankan perintah agama, maka dia menjadikannya pemantau dirinya untuk memerhatikan keadaan dan perbuatan-perbuatannya, apa yang dia lihat tidak baik dari akhlaq, perbuatan dan kekurangan lahir dan bathin… dia mengingatkannya atas hal itu.

الطريق الثالث : أن يستفيد معرفة عيوب نفسه من ألسنة أعدائه.

Cara yang ketiga : Hendaknya dia mengambil faedah untuk mengetahui kekurangan dirinya dari lisan-lisan musuhnya.

الطريق الرابع : أن يخالط الناس، فكل ما رآه مذموما فيما بين الخلق فليطالب نفسه به وينسبها إليه؛ فإن المؤمن مرآة المؤمن، فيرى من عيوب غيره عيوب نفسه،

Cara yang keempat : Berkumpul dengan orang, maka setiap apa yang dilihatnya dari orang lain tercela hendaknya dia menuntut dirinya dengannya dan menjauhinya; kerana seorang mukmin cermin untuk mukmin lainnya, melihat kekurangan orang lain sama dengan melihat kekurangan yang ada pada dirinya, 

قيل لعيسى عليه السلام : من أدبك؟ قال : ما أدبني أحد، رأيت جهل الجاهل شينا فاجتنبته.

Nabi 'Isa 'alaihissalam ditanya : Siapa yg mengajarkan adab kepadamu? Beliau menjawab : Tidak ada yang mengajari aku adab, aku melihat kebodohan orang bodoh itu jelek maka aku menjauhinya.
( ihya’ Ulumiddiin )

Guru Mulia Al Alim Al Allamah Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syekh Abu Bakar bin Salim berkata:

“Kadang-kadang bangun malam (untuk solat tahajjud) dan puasa sunnah malas, tapi darjat di syurga ingin paling tinggi; namun kita yang malas bangun malam dan puasa sunnah masih ada kesempatan untuk mendapatkan redha Allah SWT dan menempati syurga paling tinggi.

“Caranya perbanyaklah membaca selawat kepada Rasulullah dan disertai juga berdoa untuk dapat mengerjakan bangun malam dan puasa sunnah.

“Dengan memperbanyak bacaan selawat inilah Allah akan menurunkan rahmat-Nya kepada pembaca selawat.

“Kalau orang mendapatkan rahmat Allah, maka ia akan mudah sekali bangun malam dan puasa sunnah.”

Sumber : telegram channel

Dah masuk tahun baru ni... Moga kita selalu cermin diri... Cari aib diri untuk diperbaiki... Hentikan cari aib orang lain dan jaja kisah orang lain. Bersihkan hati.. Bersihkan blog kita dari dok cerita hal lain hatta kisah artis sekali pun kerana tiada manfaat langsung kita buat macam tu.

Renungan bersama. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ