GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Baituljannah: Portal Cari Jodoh Di Internet Yang Patuh Syariah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baituljannah: Portal Cari Jodoh Di Internet Yang Patuh Syariah | Jodoh di Internet... Korang percaya ke? Percaya atau tidak MF sendiri cari jodoh di Internet. Alhamdulillah... Tahun ni dah masuk tahun ke-8 usia perkahwinan jodoh dari Internet ni.

 Alhamdulillah... Tapi portal atau website yang MF guna untuk cari jodoh tu takde dah...

Dan sebenarnya itu bukanlah portal cari jodoh pun... Cuma laman web chatting biasa pun... Tapi, dengan niat yang baik.. Allah lorong kan jalan untuk temu jodoh dengan cara itu.

Apa yang menyebabkan MF cari jodoh di Internet ni? Sebenarnya, secara realitinya MF ni jenis yang tak banyak cakap... Agak pemalu... Susah nak mulakan percakapan jika orang yang baru MF kenal tu tak mulakan dulu. Itu dengan kawan perempuan, kalau lelaki lagilah seribu bahasa. Tu sebab first time jumpa suami MF dulu, first komen dia bagi, MF ni sombong. Haha.. Jadi, orang macam MF ni payah nak dapat jodoh juga kalau dah sikap MF macam tu. Jadi, mencari jodoh di Internet salah satu cara untuk dapat jodoh.

Bagi yang sedang mencari jodoh, MF nak kongsikan satu portal Cari Jodoh yang patuh syariah. Sebab apa patuh syariah sebab bila kita daftar je, segalanya akan diatur oleh pihak website. Kiranya admin website tu akan jadi orang tengah dalam proses jodoh ni. InshaAllah


Opsss.. Portal yang MF maksudkan ialah Baituljannah.

Mudah je.. Korang klik link INI dan daftar... Lepas daftar, dapat email pengesahan dan lengkapkan profil dalam portal tersebut. Boleh lah cari jodoh yang bersesuaian dalam tu. Seterusnya, bila dah jumpa, akan ada step taaruf sebelum ke peringkat seterusnya.

Salah satu bukti website ini amat menjaga ahli yang sedang mencari jodoh.

Berkenalan di website macam ni lebih terjamin dari di Facebook. Sebab website ni dijaga oleh orang diberi amanah... Jadi, InshaAllah semua maklumat sahih dan sah. Insha Allah takde nak kena tipu.

Jadi, yang sedang mencari jodoh.. Tapi malu dan susah nak bergaul dengan orang luar secara realiti.. Elok daftar portal Baituljannah ni dalam cari jodoh yang sesuai. Insha Allah.. Niat yang baik pasti dipermudahkan oleh Allah.

Jodoh memang aturan Allah, tapi kita tetap kena usaha... Jangan tolak jodoh kerana Allah jadikan manusia dan semua perkara kat dunia ni berpasangan. Cuma bab jodoh ni cepat atau lambat je.

Selain itu, bagi yang jadi ahli dalam portal Baituljannah ni boleh juga jana pendapatan sampingan dengan menjadi agen affiliate.

Bagi yang nak jadi agen affiliate untuk tambah duit poket boleh klik kat bawah ni.

Moga dengan perkongsian ini, dapat jodoh yang diidamkan... 

5Ulasan

  1. Usahakan dan niatkan kerana Allah.InsyaAllah nanti dipermudahkan.

    BalasPadam
  2. oo..rupanya macam tu MF bertemu jodoh..

    adik2 yang susah nak keluar bersosial tu boleh la cuba-cuba cari jodoh kat baituljannah

    BalasPadam
  3. tak sangka ada web mcm ni..bgus jugak tu. at least takde la berleluasa maksiat

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ