GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

3 Perkara Sepatutnya Tak Perlu Tayang Kat Orang Kalau Nak Hidup Bahagia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Perkara Sepatutnya Tak Perlu Tayang Kat Orang Kalau Nak Hidup Bahagia  | Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A'dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.

Pertama : Rahsiakan Umurmu. Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.

Kedua: Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga kita. Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Ketiga : Rahsiakan tentang HARTA kita. Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.


Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.

‎لكل نعمة حسود

Tetapi umat mutaakhir ini sudah jauh daripada mengikuti akhlaknya Solihin terdahulu. Kesemua perkara nak diceritakan kepada orang ramai.

Pendapatan kita nak dikhabarkan kepada orang ramai atas nama startegi pemasaran. Maka kita lebih mengikuti hak pemasaran daripada mengikuti akhlak kekasih Allah taala.

Dibimbangi, jika kita menyalahi akhlaknya para solihin terdahulu. Maka akan hilang berkat dan kebaikannya.

Semoga kita semua diberikan kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita.

Syeikh Nazrul Nasir Al Azhari

Kredit : Facebook Mohammad Yaakub Yusra


3 Perkara Sepatutnya Tak Perlu Tayang Kat Orang Kalau Nak Hidup Bahagia

3 Perkara yang sepatutnya dirahsiakan dari orang lain.... Tapi zaman sekarang 3 perkara itu bukan rahsia lagi..

#1 Umur

Walau pun tak nyatakan dalam Facebook kan tapi MF perasan ada satu pos kononnya untuk suka-suka untuk ketahui umur seseorang. Iaitu pos tanyakan berapa usia anda 10 tahun akan datang... Tengok, mudahkan nak korek rahsia orang. Orang tu mungkin rahsiakan umur dan birthday dia di Facebook tapi dengan soalan macam tu dapat juga korek rahsia orang lain. Hati-hati dengan pos soalan peribadi macam tu.

Kadang terjawab juga soalan sebegitu kat Facebook tu tanpa sedar... Tapi rahsiakan tak salah juga... Jangan kecam orang yang rahsiakan umur... 

#2 Hal keluarga

Ianya bukan rahsia lagi.. Semua hal laki bini, dalam luar kain semua bukan rahsia lagi. Bahkan apa yang dibuat dalam rumah, luar rumah, ke mana pergi semua bukan rahsia. Sebenarnya, tayang sangat kebahagiaan rumahtangga boleh mendatangkan mudharat. Bahagia rumahtangga tak perlu ditayangkan tapi wajib disyukuri.

#3 Bab harta dan rezeki

Tak perlulah ditayangkan... Owh... Hari ni dapat itu, dapat ini... Rezeki masuk bank, bahkan paparan akaun bank pun bukan rahsia lagi dah sekarang ni. Bukan saja mengundang iri hati, bahkan orang tayang harta juga akan mengundang jenayah... Ingat penjenayah tak reti main Facebook ke... Fikirkan.

Itulah... Hidup ni tak semua perlu dikongsi... Jika sekadar nak menunjuk baik jangan kongsi, nanti orang kata, orang dengki kita juga sakit hati... Tapi sebenarnya kita yang buka jalan untuk orang dengki kat kita. Kita jangan aspek orang semua hati suci... Sedangkan hati kita pun tak suci mana...

Renungkan... 

10Ulasan

  1. Ahaa la kan. Dalam tak segar kita dah kongsi banyak benda yang sepatutnya kita rahsiakan. Gud sharing

    BalasPadam
  2. betul, semuanya bukan rahsia lagi dah. Malu dah takde dlm diri kita...

    BalasPadam
  3. Ada perkara boleh dikongsi...tapi banyakkan hal mesti dijadikan privacy..hakikatnya lebih banyak kita kongsi akan lebih banyak dan luas ujian menanti kerana tanpa sedar adakala riak itu menyertai dihati walau dimulut menafi...

    BalasPadam
  4. setuju. pasal perkahwinan la yg palingggg kena jaga kan. jangan riuh riuh kat orang. satu lagi harta kekayaan. macam semalam dekat rantau panjang kelantan ada org jual kosmetik dirompak. org kata sebab org jual kosmetik tu selalu tunjuk kekayaan dia melalui LIVE fb. ish takut sungguh kan

    BalasPadam
  5. Baru tahu pasal perlu rahsiakan umur tu, hehehe. Betul tu kadang-kadang takut tercerita lebih lebih kat media social ni, sebab bukan semua lalui yg serupa, bukan semua ada hati yang sama.

    BalasPadam
  6. thnk you for sharing info ni.. ingatan berguna buat diri sndri

    BalasPadam
  7. nice sharing MF..
    peringatan bersama..
    in shaa Allah.

    BalasPadam
  8. Yg ke3 confirm tak share..
    Yg pertama dan kedua tu hmmmmm

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ