GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kelebihan Orang Yang Doakan Orang Lain

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kelebihan Orang Yang Doakan Orang Lain | Doa utu mudah... Tapi payah nak amal bagi orang yang sombong.

Doa kepada diri sendiri itu biasa, tapi yang luar biasa ialah doa kepada orang lain.. Sedangkan orang tu tak tau kita doakan dia.

Ganjaran orang yang doakan orang lain. Doanya akan Diaminkan oleh para malaikat.


Kelebihan Orang Yang Doakan Orang Lain

Doa Yang Diaminkan Malaikat


عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ صَفْوَانَ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَفْوَانَ وَكَانَتْ تَحْتَهُ الدَّرْدَاءُ قَالَ قَدِمْتُ الشَّامَ فَأَتَيْتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فِي مَنْزِلِهِ فَلَمْ أَجِدْهُ وَوَجَدْتُ أُمَّ الدَّرْدَاءِ فَقَالَتْ أَتُرِيدُ الْحَجَّ الْعَامَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَتْ فَادْعُ اللَّهَ لَنَا بِخَيْرٍ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ 

Dari Abu Az Zubair dari Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan dan riwayat selanjutnya adalah dari Ummu Darda', dia berkata; "Saya pernah pergi ke Syam dan mengunjungi Abu Darda' di rumahnya. Namun saya tidak bertemu dengannya, lalu saya pergi menjumpai Ummu Darda'. Setelah itu, Ummu Darda' bertanya kepada saya; 'Hai Shafwan, apakah kamu akan pergi haji pada tahun ini? ' Saya pun menjawab; 'Ya.' Ummu Darda' berkata; 'Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW telah bersabda: 'Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dari kejauhan tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus, dan setiap kali ia berdoa untuk kebaikan, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan 'Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu. (HR Muslim No: 4914) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim sewajarnya berbuat baik kepada orang lain.

2. Antara kebaikan yang boleh dilakukan ialah mendoakan sesuatu yang baik untuk orang lain.

3. Doa seorang muslim untuk saudara sesama muslim dari jauh tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan.

4. Orang yang mendoakan saudara secara tersembunyi, di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus untuk mengucapkan 'Amin dan juga mendoakan yang sama untuknya.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Dari Abu Ad Darda' dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim: 4912)

Jadi doakan yang baik-baik untuk orang lain. Malaikat akan doakan kita pula.

Kadang tengok juga kat Facebook di akhir zaman ni.. Bila orang kongsi hal yang baik dan berita yang membahagiakan dia.. Kita sibuk nak kecam... Apa salahnya.. Doakan yang baik-baik buat dia. Sama juga bila orang tu tak pakai tudung kan... Doakan aje.. Tak perlu nak hentam... Doa tu lebih baik dari kecam.. Kalau tak boleh doakan yang baik, lebih baik diam dari bertambah dosa.

Renungkan... 

1Ulasan

  1. lebih baik juga kalo kita doakan orang tu jangan bagitahu kan.. biar rahsia dendiam je =D

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ