Ticker

6/recent/ticker-posts

Perbezaan Antara Foundation, BB Cream, CC Cream, DD Cream, dan EE Cream

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perbezaan Antara Foundation, BB Cream, CC Cream, DD Cream, dan EE Cream | Umur 30 baru nak belajar bab cantik ni... Berkawan dengan rakan-rakan yang moden, trendy, gojes menyebabkan kita pun kena ambil tahu bab fesyen dan menjaga kecantikan. Tak salah cantik sebab Allah juga suka kan kecantikan... cuma pastikan patuh syariat.

Jika zaman muda remaja, MF selalu pakai krim muka... macam Fair and Lovely, Safi atau Syahirah... Itu antara yang MF pernah pakai... Lepas tu, dah beranak pinak, beralih kepada pelembap sahaja, lepas tu oles bedak kompak biasa... Itu masa beranak 1 dan 2... Masuk anak tiga, masa makin suntuk.. mana nak siap anak, nak siap diri sendiri lagi... MF beralih ke foundation... ada beberapa jenis yang pernah dicuba... Tapi still rasa susah... AKhirnya, MF cuba pula BB Cream... MF cuba ni sebab ada beberapa rakan mencadangkan BB Cream dari Foundation sebab katanya BB Cream ada fungsi merawat kulit.

Antara BB Cream yang pernah cuba ialah Seqy Beuty... dan yang kekal MF guna sekarang ialah BB Cream Cosmoderm. Alhamdulillah, sejak itu memang dah jatuh cinta dengan BB Cream ni..




Tapi tak lama.. ada rakan kongsikan pula CC Cream.. adududu... apa pula tu... Sebab rasa nak mencuba tu kan... Tapi kena tau juga beza BB Cream dan CC Cream sebelum cuba. Jadi, sebab nak belajar bab cantik... kena tahu juga apa beza ketiga-tiga bahan ni untuk cantik kat wajah ni..

Perbezaan Antara Foundation, BB Cream, CC Cream, DD Cream, dan EE Cream

Perbezaan Antara Foundation, BB Cream dan CC Cream

1. Foundation

Foundation sudah dikenal sejak lama sebagai alas bedak. Ya.. foundation adalah alas bedak yang berbentuk cair atau ada juga yang berbentuk padat. Foundation memiliki tekstur yang kental dan pekat sehingga dia mampu menutupi kekurangan pada wajah dengan sangat baik. Foundation banyak digunakan apabila seseorang ingin tampil dengan tingkat make up yang tebal dan tahan lama, karena foundation mampu membuat bedak menjadi lebih awet.Foundation dapat melembabkan wajah yang kering dan meratakan warna kulit yang belang. Foundation memiliki berbagai jenis gradasi warna yang dapat digunakan untuk sehari-hari pada jenis kulit berbeda. Karena tingkat coverage-nya sangat tinggi, maka foundation cocok menjadi pilihan untuk anda yang sedang ingin pergi ke pesta atau acara formal.

2. BB Cream

BB Cream adalah bentuk ringan daripada foundation dan moisturizer yang membuatkan kulit jadi lebih putih dan bersih. Dengan bantuan SPF dan antioksidan, BB Cream sekaligus elok di pakai siang hari. Menggunakan BB Cream tidak perlu dicampur lagi dengan pelembab, kerana di dalamnya sudah terkandung moisturizer. Memberikan hasil paparan kulit yang lebih segar, dan membuat tekstur kulit kelihatan lebih lembut. Kerana tidak seberat foundation, BB Cream tidak terlalu berminyak dan menyebabkan masalah jerawat pada kulit, ssesuai digunakan untuk alas mekap setiap hari. Biasanya krim BB disertakan dengan sunblock, pemutih wajah, ataupun pelembap. Ini menjadikan kulit lebih putih dan bersih.



3. CC Cream

Apakah CC Cream? CC Cream lebih kurang sama seperti BB Cream tetapi ianya lebih memberi tumpuan pada pembetulan warna.

Apa yang dilakukan : Ringan daripada BB Cream, tujuan utama CC Cream adalah untuk membetulkan warna kulit warna yang berkaitan, seperti warna pucat atau kemerahan. Seperti BB Cream, ia mempunyai SPF serta nombor berbeza-beza mengikut jenama.

Bagaimana untuk menggunakan : Jika anda berjerawat, mempunyai kulit kusam, bintik hitam atau kemerahan berterusan maka CC Cream sesuai untuk anda.

Bagaimana ia berbeza : Gunakan CC Cream untuk membantu dengan menghilangkan kemerahan, jerawat, bintik hitam, warna pudar dan banyak lagi. Ia juga lebih ringan daripada BB Cream! – * betulkan tekstur warna kulit.


4. DD Cream

DD  bermaksud Dynamic Do-all  atau  Double Defense. Ini boleh berbeza bagi setiap jenama yang menjadikannya. DD Cream adalah gabungan BB dan krim CC. Secara amnya, krim DD juga berfungsi untuk memberi perlindungan kepada kulit, melicinkan warna kulit, dan menjadikan kulit lebih cerah dan segar yang kerap dirujuk sebagai krim pelbagai fungsi. Tekstur berkrim hampir menyerupai krim BB jadi sangat baik untuk melembapkan kulit.

5. EE Cream
EE Cream boleh bermakna krim pengelupasan tambahan. EE Cream jauh berbeza daripada krim BB, CC, atau DD.  Oleh itu, krim pengelupasan tambahan berfungsi sebagai pembersih muka kotoran dan sel kulit mati yang menetap di kulit wajah anda.

Kemudian, apa yang membezakannya dari pembersih muka yang lain? EE Cream berbentuk krim, bukan sabun cair, sabun bar, atau buih. Lebih-lebih lagi, kandungan tumbuhan marin pastinya lebih selamat daripada bahan kimia yang biasa digunakan pembersih muka lain.

EE Cream mempunyai tekstur yang lebih halus dan sangat menyesuaikan diri apabila digunakan pada kulit muka daripada BB dan krim CC .

Krim ini mempunyai fungsi sebagai penjagaan kulit muka dan wajah yang sempurna lebih teliti. Kandungan EE Cream adalah menyamarkan bintik hitam dan pigmentasi yang berlebihan dengan warna asal kulit dengan cepat.

Selepas pakai krim ini, krim automatik akan berfungsi menyamarkan kesan lain yang muncul apabila kita secara tidak sengaja terdedah kepada pencemaran. Bukan itu sahaja, kulit kita akan dilindungi dari matahari kerana terdapat kandungan SPF yang cukup tinggi dalam krim ini. Walaupun tidak setinggi SPF yang terkandung dari krim DD, tetapi krim ini boleh dikira untuk mempunyai pelindung UV yang berkesan.

Sumber: 1, 2, 3, 4


Jadi, dah boleh faham dan tau dah nak pakai yang mana rasa nya... Rupanya banyak kod.. AA, BB, CC, DD, EE krim... AA krim tu lebih kepada Anti Aging... yang lain-lain tu untuk kulit. Setakat ni pernah try foundation, bb cream, dan DD cream... yang lain tak pernah cuba lagi... Tapi rasanya sangat selesa dengan BB Cream... dan tak mungkin berubah.. senang nak pakai dan berkesan untuk tutup cela... serta merawat kulit. 

Yang mana pilihan anda?

Catat Komen

11 Ulasan

  1. Foundation, bb cream and cc cream hehe

    BalasPadam
  2. Oh, baru tahu apa beza semua tu. GV juz pakai moisturizer dan bb cream juga. huhu.

    BalasPadam
  3. tahu BB dan CC je waaah ade DD pulak skrang yee hehe.. tepek bedak baby je selalu =D

    BalasPadam
  4. Kite da mula pkai bb cream! Suka sgt sbb lmbut jer, x over sgt..kulit flawless..

    BalasPadam
  5. bb cream je dah ok tutup cela muka.. kalau cc x cover sgt.. tapi texture cc g halus..

    BalasPadam
  6. bb cream je dah ok tutup cela muka.. kalau cc x cover sgt.. tapi texture cc g halus..

    BalasPadam
  7. Saya baru 2 hari cuba cc cream.. xbyk beza dgn bb cream

    BalasPadam
  8. kalau dah pkai bb cream boleh tak pakai lagi foundation pastu pakai ppowder

    BalasPadam
  9. Tak pernah cuba foundation.. kadang2 tengok orang make-up je pakai foundation.. macam teringin nak cuba..buat masa ni pakai bb cream jenama pixy.. best.. dulu pakai silky girl macam cerah sangat warna dia.. nampak fake pulak haha

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^