GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Khasiat Brokoli Kepada Bayi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Khasiat Brokoli Kepada Bayi | Brokoli sejenis sayuran yang begitu banyak manfaat untuk kesihatan termasuk bayi. Boleh dijadikan makanan tambahan seperti distim dan dilenyek serta disajikan dengan sup.

5 Khasiat Brokoli Kepada Bayi

1.  Menjaga kesihatan sistem pencernaan

Salah satu khasiat brokoli untuk bayi iaitu untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan. Hal ini kerana brokoli mengandungi serat yang cukup tinggi. Dengan mengambil brokoli secara kerap teratur maka sangat berguna untuk mencegah susah buang air besar atau sembelit pada bayi.

2. Meningkatkan sistem imun

Brokoli merupakan salah satu jenis sayuran yang tinggi kandungan vitamin C. Manfaat nutrisi tersebut iaitu sebagai antioksidan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh si kecil. Selain itu, kandungan fitokimia dan fitonutrien pada brokoli berperanan penting dalam mengeluarkan racun dan zat berbahaya dari dalam tubuh.

3. Menjaga kesihatan tulang

Kandungan vitamin K dan kalsium pada brokoli berguna untuk menjaga kesihatan tulang anak. Sayuran yang satu ini sangat bagus untuk si kecil yang sedang dalam masa pertumbuhan untuk proses pembentukan dan pemadatan tulang.

4. Mencegah alergi

Brokoli baik untuk mencegah alergi. Hal ini kerana brokoli mengandungi anti-imflamasi yang berperan penting dalam mengurangkan alergi pada anak. Bahkan anti-imflamasi pada brokoli sangat berguna untuk mencegah terjadinya kerosakan pada pembuluh darah.

5. Detoksifikasi

Brokoli memiliki fitonutrien yang berfungsi untuk menaturalkan dan mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh. Dengan itu,  kesihatan si kecil tidak akan mudah terganggu dan terhindar dari penyakit.

Banyak khasiat brokoli untuk bayi dan kanak-kanak kan...  Seawal usia kena ajar makan sayur termasuk brokoli ni... Tapi MF sendiri pernah cuba buat puri,  tapi anak tak boleh nak terima pula... Mungkin sebab baunya. Jadi, buat sup campur dengan carrot, baru lah anak nak makan.

MF pun memang suka makan brokoli ni..  Tapi jarang dapat makan sebab agak mahal... Jika masa di KL dulu selalu dapat makan sebab harga nya murah dan senang nak dapat... Tapi sekarang ni kena tunggu pasar malam la..  Tu pun timbang kilo...

Resepi Untuk Bayi Berasaskan Brokoli

sumber: Google images
1. Sup brokoli

Caranya:
Tumiskan bawang putih dengan minyak zaitun. Masuk kan ikan bilis dan brokoli, kemudian masuk sedikit air dan renehkan hingga brokoli empuk... Untuk bayi yang belum ad gigi, kisar halus.. Yang dah ada gigi boleh lenyek kan hingga hancur...

sumber: Google imagea
2. Puree brokoli

Cara membuatnya:
Stim kan brokoli hingga lembut kemudian kisar halus... Boleh di campur dengan susu badan untuk cair kan sedikit puris sebelum diberi kan pada bayi bawah 8 atau 9 bulan.



Sekian perkongsian... Semoga bermanfaat.

2Ulasan

  1. Banyak khasiatnya.. Sha pun suka brokoli nie..

    BalasPadam
  2. Thank you for sharing! :D I would like to share this with my mom.She's preggy! :D can't wait to meet my little sister :D

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ