بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
15 Rahsia Masak Kari Yang Sedap! | Siapa suka makan kari? Kari ni sinonim dengan masakan mamak... Ingat kari, ingat mamak... Ada orang suka masak kari guna serbuk kari... Tapi ada juga yang masak kari buat rempah sendiri... Tapi MF kombinasikan kedua-dua kaedah ini...
Apa pun, cara masak kari berbeza antara masak kari ikan dan daging... Cara memasak ini menentukan sesuatu kari tu sedap atau sebaliknya...
Apa pun MF kongsikan tips berguna untuk masak kari yang sedap.
![]() |
| Gambar: Janaan AI |
15 Rahsia Masak Kari Yang Sedap!
15 Rahsia untuk menghasilkan "Kari daging/ ayam atau kari ikan yang sedap. Sesetengahnya mungkin ada yang sudah tahu. Tapi ada beberapa tip yang pasti akan menyenangkan anda.
Kari Ayam @ Daging
1. Rempah kari Garing
Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng selama 1- 2 minit masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
2. Masuk daun kari dan kentang
Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau dging mengecut, barulah di tambah air.
3. Api perlahan selepas masukkan santan
Apabila sudah di masukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mendidih.
4. Tambah asam
Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum dipanaskan dengan garam.
5. Guna rempah yang segar dan betul
Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang , buah pelaga dan kulit kayu manis.
6. Perap daging dengan rempah
Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakkan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum di masak, daging akan menjadi lebih lembut, aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadinya kuah lebih sedap.
Kari Ikan
1. Sangai beras
Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang di sangai dan di tumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
2. Gunakan asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan
Jika menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskanya bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
3. Masukkan garam ketika menumis
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam dan menggaringkan rempah dengan baik.
4. Patahkan cili hijau selepas masukkan ikan
Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh patahkan 2-3 cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
5. Jangan masukkan bendi bersama kari
Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu di campur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang di masukkan dengan sedikit minyak dan garam( jangan terlalu lama). Ketika mahu menhidangkan kari,barulah di masukkan bendi.
6. Pastikan kuah menggelegak sebelum masukkan ikan
Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah sudah mengelegak. Jika tidak isi ikan akan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
7. Kecilkan api bila ikan sudah masak
Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia keluar minyak dan tidak terlalu lama.
8. Elakkan guna jintan manis
Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/ halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
9. Kari yang dipanaskan lebih sedap
Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum di makan,rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya akan memekat. Apabila di panaskan rasanya lebih sedap.
Jom praktikkan tip di atas. Sila share dekat kawan - kawan kita kot - kot lah ramai yang tidak tahu.
Jom praktikkan tip di atas. Sila share dekat kawan - kawan kita kot - kot lah ramai yang tidak tahu.
Kredit: Facebook Jauharatuddini Taib


yang no 9 tu memang setuju sangat.. tambah kalau buat kuah mee kari.. masak awal.. esok panaskan.. Pergh!!
BalasPadambaca je dah kecur air liur... tp betul rempah kena garing dan biar btul2 masak. br sedap
BalasPadamadoiii baca langkah2 yg akak bagi tu buat saya terbayang2 pulak kari mamak...sedapnya :D
BalasPadam