GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

The Full Circle of the Life

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hidup ibarat roda... Itu pepatah yang selalu kita dengar kan... Betul ke?

Betul tak betul... Cuba lihat balik diri kita... Masa kita kecil tubuh kita lemah, takde gigi, berjalan pun bertatih...



Bila tua, begitulah juga diri kita... Badan lemah, gigi dah tiada, Jalan pun bertongkat atau berkerusi roda... Kan sama tu...

Begitulah hakikat kehidupan...

Satu pusingan yang lengkap...

Hari ini kita di atas, esok lusa mungkin kita dibawah...

Jadilah seperti pohon kelapa... Walaupun jauh mendongak tinggi ke langit, akarnya tetap kukuh mencengkam bumi.

Jangan jadi seperti pohon dedalu, hidup menumpang pokok lain tapi memakan pokok lain hingga mati...

Jadi, jangan terlalu mendabik diri bila berada di atas... Kerana kita tak tahu bila kita akan berasa di bawah...

Sayangi anak kecil kerana itu masa lalu kita...
Hormati orang tua kerana itu masa depan kita...

Semoga bermanafaat... 

3Ulasan

  1. Betul tuh. Bila direnung hidup kita memang ibarat roda yang berputar

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum MF..
    Memang itulah circle kehidupan..
    Jangan lupa yang di bawah jika kita di atas..
    Dunia ini hanya sementara..

    BalasPadam
  3. Masha Allah.. sungguh terkesan akak baca artikel ni, especially dua ayat terakhir tu. thank you for sharing Maria

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ