Jimat Bil Elektrik Dengan Alat Penjimat Elektrik Yang Dijamin Selamat

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jimat Bil Elektrik Dengan Alat Penjimat Elektrik Yang Dijamin Selamat | Salah satu bil yang wajib dibayar setiap bulan ialah bil elektrik dan bil air.... Bil air Alhamdulillah, sejak selesaikan kes paip pecah, bil air kembali stabil...

Tapi bil elektrik susah nak stabil dan jimat kan... Kebanyakan memang guna elektrik setiap hari. Pekakas elektrik kat rumah yang pasti ada peti sejuk, seterika, mesin basuh, TV, Astro, komputer, kipas dan gadjet. Rata-rata rumah memang adalah pekakas ni...

Kat rumah MF tambah lagi dengan Mesin Air Coway yang 24jam on, Air-Cond 2 unit, dan mesin heatpress untuk cetak baju. 3 pekakas ni memang tinggi voltan nih...

Yang paling tak mampu nak jimat ialah air-cond... anak MF yang ketiga tu ada asma, asma nya pula jenis tak boleh panas... kalau panas rimas mulalah bunyi kat tengkuk tu... orang sakit asma tau la bunyi camne... So, boleh dikatakan dengan cuaca sekarang hampir 24 jam terpasang air-cond tambah dengan kipas lagi...

Kalau ikutkan perkakasan yang digunakan MF menjangkakan bil kami mesti cecah RM300 hingga RM400 sebulan... Tapi, saja MF kongsikan bil elektrik bulan ni yang berjumlah RM182.24 sen di Facebook untuk dapatkan feedback dari rakan lain, sama ada murah atau mahal bil tu...dan rata-rata kata murah... Ye, MF pun rasa memang jimat... Alhamdulillah tak pernah cecah RM200 lebih walaupun air-cond guna lebih masa...
Jimat Bil Elektrik Dengan Alat Penjimat Elektrik Yang Dijamin Selamat

Apa rahsianya?

Rahsia Jimat Bil Elektrik : Tak Cecah RM200 Walaupun Guna Air-Cond


Tiada rahsia pun, cuma selain amalkan penggunaan air-cond yang betul... kami pasangkan juga alat jimat elektrik yang kami yakin selamat... Kami yakin selamat... sebab dah 3 tahun lebih guna alat ni... Sejak di rumah sewa di KL lagi kami pasang.

Jimat Bil Elektrik Dengan Alat Penjimat Elektrik Yang Dijamin Selamat


Sejak buat bisnes print baju... Memang pasang alat ni. Kami rujuk dan tanya orang yang pakar bab pendawaian elektrik juga.. Adakah alat ni selamat dan tak berbahaya... Dia kata tak sebab dalam Alat jimat elektrik ni yang dinamakan Electric Saving Box ni, hanya ada kapasitor je... Fungsinya untuk simpan elektrik.. Menjadikan elektrik yang kita guna tersimpan dan lebih jimat.

Alhamdulillah, takde apa-apa kesan yang berbahaya setakat kami guna.. Asalkan beli yang original... Kami beli online kat Facebook.. Harga setiap satu dalam RM80 juga la masa kami beli tu. Pernah beli kat Lazada, murah memang murah tapi rupanya yang fake... Takde kesan apa pun...

Setakat ni kami pasang 3 unit... Sebenarnya kaedah ni sama je kaedah yang digunakan untuk lajukan kipas lama yang pernah di viral kan satu masa dulu... Tukar kapasitor...

Alhamdulillah.. Nampak la jimat sikit kat situ... Kena juga pakai alat Penjimat Elektrik ni.. Kalau tak jenuh la nak membayar bil.. Nak kawal tak tau dah nak kawal macam mana... Dengan dugaan anak yang tak boleh panas kan.. Bukan tak ajar dok dalam panas. Tapi kalau setakat penyakit Ruam panas ok la.. Boleh je tak pakai baju dalam rumah... Tapi kalau asma, tak sanggup aih... Kesian kot... Orang yang hidap asma tau la...

MF cuma kongsi kan pengalaman ye.. Tak minta anda ikut atau guna produk ni.. Kalau anda rasa tak yakin selamat... Jangan guna.. Kami guna sebab kami yakin selamat dan dah tanya pada yang pakar pasal elektrik ni juga... Jadi, sebab tu kami guna. Jadi, entry ni hanya kongsi kan pengalaman bukan nak ajak orang beli atau promosi barang. 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. wow jauhnya beza dia, alhamdulillah akak dah jumpa jalan untuk jimatkan kos. :D

    BalasPadam
  2. salah satu cara untuk jimatkan bil elektrik ni. kat rumah pun ada pasang alat penjimat elektrik juga

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !