GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[REVIEW] StemLabs Omega 3 Fish Oil 1000mg

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[REVIEW] StemLabs Omega 3 Fish Oil 1000mg | Kesihatan yang tersayang wajib dijaga... Bila si suami selalu mengadu sakit dada, tak sedap hati rasanya... Kena usahakan sesuatu...

Sakit dada dalam kalangan lelaki menandakan tanda awal sakit jantung. Hati mana tak risau kan... Suami, tunggak dan penguat kita dalam rumahtangga...

Bila sebut sakit jantung dengan pengalaman sahabat MF yang kehilangan suami secara tiba-tiba kerana jantung.. Memang risau kan...

Langkah awal, MF cegah dan cuba rawat dengan amalkan minum pati delima... Sebabnya bapa MF ada sakit jantung juga.. Amalkan pati delima, alhamdulillah.. Dengan izin Allah, reda sakitnya dan sihat Alhamdulillah hingga kini.

Tapi kadang terlupa nak minum... Jadi tak istiqamah...

Jadi, cari alternatif lain... Salah satunya Omega-3... Memang tahu Omega-3 ni banyak dalam bentuk soft gel minyak ikan... Tapi nak cari yang betul-betul suami boleh telan ni, bukan mudah juga...

Akhirnya, ternampak Blogger Kisahdiary post Kat Facebook pasal Soft gel minyak ikan Omega-3 jenama Stemlabs...

Selepas baca perkongsian dia, dan juga beberapa yang pernah mencuba MF cuba cari di Lazada Malaysia... Survey harga.

Alhamdulillah... Tak mahal mana pun... Ada botol kecil dan botol besar... Jadi, untuk permulaan, MF beli botol kecil je... Ada 100 biji...

Alhamdulillah.. Sesuai dengan review dari pembeli di Lazada, memang servis yang pantas dari seller produk ini.. 3 hari kemudian barang terima di tangan..



Teruja punya pasal terus buka... Wow... Besarnya... Lepas ke nak telan.. Hehe.. Tapi tekak lelaki mesti lepas punya...

Ikut sukatannya... 3 biji setiap hari selepas makan atau ketika makan...

Jadi konsisten makan selama seminggu untuk lihat kesannya...

Alhamdulillah... Bila suami kata dah takde rasa sakit dada dan sesak nafas lagi... Satu kelegaan bagi MF... Syukur Alhamdulillah.. Serasi  dengan suami...  Patutlah ada review ramai repeat order.

Lagi satu minyak ikan ni takde bau hanyir ikan... Tu yang en.somi boleh telan tu...

Alhamdulillah... Harap boleh lah terus dengan produk ini sebagai supplements yang sihat untuk suami...

Antara faktor lain, MF teruja nak cuba produk ni.. Sebabnya ada pengiktirafan dari Halal JAKIM dan juga KKM. Walaupun diimport produk ni tapi ada pengiktirafan dari kedua pihak yang bertanggungjawab mengawal selia produk kesihatan di Malaysia ni.. Maknanya memang berkualiti la produk ni kan...

OK, MF kongsi kan sikit kelebihan Omega-3.

Kelebihan Omega-3

Pengambilan asid lemak Omega-3 memberi banyak kelebihan untuk kesihatan jantung iaitu mengurangkan risiko insiden serangan jantung, mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu, mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Asid lemak Omega-3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Sumber utamanya ialah ikan dan makanan laut. Jika kita kurang makan ikan, maka kita perlu mengambil suplemen minyak ikan Omega-3.

Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega-3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang. Misalnya minyak canola, minyak flaxseed dan minyak kelapa sawit. Kacang walnut juga merupakan sumber yang kaya dengan Omega-3.

Bukan itu sahaja, pengambilan makanan yang ditambah dengan Omega-3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda mendapatkan keperluan Omega-3 harian anda.

*Dr Norman Mohd Norawi, Pengamal Perubatan Am Pengkhususan Perubatan Anti Penuaan dan Nutrisi

Sumber: Sinar Harian

Selain itu, Omega-3 juga mempunyai 12 kebaikan dan khasiat untuk kesihatan fizikal dan mental sesiapa yang mengamalkannya.

1. Otak
Omega-3 bermanfaat bagi kanak-kanak yang menderita disleksia, dyspraxia dan ADHD. Omega-3 juga dapat mencegah penyakit Alzheimer di kalangan orang dewasa.

2. Jantung
Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat mencegah penyakit jantung dan  penyakit lain yang berhubungan dengan jantung. Ini kerana Omega-3 mampu meningkatkan kelenturan salur darah, menurunkan risiko degupan jantung yang tak normal dan juga tekanan darah tinggi.

3. Kolesterol
Omega-3 menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan dengan mengamalkan ikan yang kaya dengan Omega-3 secara teratur terbukti mampu meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kadar trigliserida (lemak dalam darah). Tapi mampu kah kita makan ikan hari-hari.. Dah la ikan mahal la ni kan..

4. Mata
Omega-3 juga sangat baik untuk kesihatan mata dan penglihatan secara umum, kerana Omega-3 merupakan komponen utama dari retina.

5. Depression/Stress/kemurungan
Omega-3 dapat membantu mengurangkan kemurungan. Terutama bagi orang yang mengalami mild depression. Omega-3 meningkatkan keberkesanan ubatan dengan mempengaruhi otak dengan cara yang berbeza dari ubat anti depression.

Menurut David Mischoulon, MD, seorang profesor psikiatri dari Harvard Medical School "Jika menggabungkan Omega-3 dengan ubat antidepression, akan  mengurangkan depression dengan cara yang berbeza."

6. Pembekuan darah
Omega-3 dapat mengurangi risiko pembekuan darah kerana ia memiliki sifat antikoagulan yang mempengaruhi kemampuan platelet untuk membekukan darah, sehingga peredaran darah menjadi lebih lancar dan juga terhindar dari penyumbatan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan stroke. Maknanya, darah tak terlalu pekat dan berfungsi mencairkan darah yang terlalu pekat.

7. Wanita hamil
Omega-3 telah terbukti sangat penting dalam perkembangan kesihatan fizikal dan mental bayi dalam kandungan. Jadi, ibu hamil digalakkan ambil makanan yang kaya Omega-3.

8. Senggugut
Omega-3 dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Kedua jenis Omega-3 iaitu EPA dan DHA diyakini dapat mengurangkan peningkatan prostaglandin. Prostaglandin yang tinggi pada wanita ketika menstruasi membuatkan kontraksi rahim meningkat dan juga kekejangan otot. Jadi, wanita yang ada senggugut patut amalkan makan makanan yang ada Omega-3.

9. Anti-inflamasi/antiradang
Omega-3 memiliki sifat anti-inflamasi/antiradang. Bermanfaat untuk masalah seperti asma, psoriasis, dan radang sendi dan usus. Nampaknya,  MF pun kena amalkan ni sebab MF ada asma kan...

10. Alergik
Bagi yang menderita pelbagai jenis alergik juga boleh menambahkan Omega-3 ke dalam diet makanan setiap hari. Anak yang alergi kena banyak makan ikan yang Kaya Omega-3.

11. Diabetes
Kajian menunjukkan Omega-3 dapat menurunkan trigliserida dan apoproteins, dan tidak ada kesan sampingan pada kawalan glisemik.

12. Penyerapan vitamin larut lemak
Omega-3 juga berperanan untuk meningkatkan penyerapan vitamin yang larut dalam lemak, seperti vitamin A, D, E dan K. Vitamin tersebut diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan jangkitan, menjaga kesihatan mata dan kulit, peredaran jantung, pembekuan darah dan tulang yang kuat.

Banyakkan manfaat dari Omega-3 ni... Sebenarnya, Omega-3 ni ada dalam makanan semula jadi seperti ikan, kekacang dan sayuran... Tapi mampu kah kita amalkan makanan sebegitu setiap hari? Jika mampu kita tak perlu telan supplements.. Cukup dengan amalan pemakanan yang seimbang dan semula jadi. 

2Ulasan

  1. wah banyaknya khasiat dalam satu pil..memang selalu sangat dengar pasal kematian sebab sakit jantung dalam usia muda ni.. terfikir jugak adakah sebab stress yang berlebihan?

    BalasPadam
  2. Saya pun amal minyak ikan juga, Alhamdulillah memang serasi dan banyak khasiatnya. Salah satu boleh cepat surutkan jerawat hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ