div id='header-inner'>

Ayam Masak Kicap Mamak Style

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ayam Masak Kicap Mamak Style | Ayam masak kicap resepi biasa yang mudah dibuat... Tapi style dan gaya masak yang berbeza buatkan rasa tu lain.

Dah lama tak masak kicap style mamak...  Siapa pernah makan nasi kandar tahulah rasa masak kicap mak style macam mana kan...

Tapi yang MF buat ni tak seratus peratus macam mamak tapi rasanya ala-ala mamak.



Ayam Masak Kicap Mamak Style

Bahan-bahan :

  • Ayam yang siap digoreng
  • Bawang besar dan bawang putih di kisar halus
  • Daun kari
  • 2 sudu Serbuk kari ayam (MF guna jenama Babas) 
  • Kulit kayu manis
  • Serai (diketuk) 
  • Bawang besar dipotong bulat. 
  • Cili hijau
  • Tomato
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Air
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Cara memasaknya

  • Tumiskan bawang kisar, daun kari, kulit kayu manis dan serai hingga naik bau. 
  • Masukkan serbuk kari, kicap dan sedikit air... Kacau dan biarkan mendidih. 
  • Masukkan ayam, bawang besar, tomato dan cili besar yang dipotong. Kacau rata. 
  • Masukkan garam dan gula secukupnya dan gaul rata dalam 2 ke 3 minit sebelum dihidangkan 


Tak susah buatnya... Sebab yang membezakan hanya bahannya tu saja... Kalau ayam masak kicap biasa, letak kicap je... Tapi yang ni kita tambah rempah kari dan daun kari untuk jadikan rasa kicap berempah macam Kat kedai mamak... Masakan mamak memang banyak guna rempah ratus...  Jadi, tambahan rempah tu buatkan masak kicap jadi lain rasanya.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Oh....ingat complicated bahan utk masak kicap mamak ni..thanks Maria share..nanti balik Seremban nak cuba

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)