GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

MENAHAN DIRI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Menahan diri dari berbuat dosa jauh lebih besar pahalanya daripada melakukan solat tahajjud, solat dhuha, berzikir, puasa sunat dan bersedekah.

Kenapa?

Kerana menahan diri dari berbuat dosa hukumnya wajib sedangkan solat tahajjud, solat dhuha, berzikir, puasa sunat atau bersedekah hukumnya sunat. Mana mungkin pahala yang sunat boleh mengalahkan pahala yang wajib.

Cuma sekarang ini ramai yang tertipu,
puasa sunatnya rajin, tahajjudnya setiap malam, zikirnya banyak, sedekahnya banyak, tapi lidahnya berbuat dosa mengumpat, matanya melihat yang haram dan dosa yang seumpamanya. Na'udzubillahi min Zalik.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)


MENAHAN DIRI
Sumber : Google images

Jadi, sentiasa bermuhasabah diri, menahan anggota dari melakukan dosa juga satu jihad besar pada diri kita...

Salah satu kufur nikmat ialah tidak bersyukur dengan anggota yang Allah beri...

Ada mulut, mengumpat dan memfitnah
Ada mata, melihat keburukan dan aib orang lain.
Ada telinga, dengar berita dusta dan nista.

Renungkanlah...

Jika ibadah kita kencang.. Jangan lupa doakan untuk diri sendiri dari berbuat dosa... Barulah seimbang...

Tak guna pahala berganda dibuat, tapi dosa juga sama menggunung kita kumpul dalam tak sedar...

Sama-samalah kita muhasabah diri...
Buat ibadah berganda dalam masa yang sama delete dosa sebanyak nya.

0Ulasan