بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
7 Kalimah Yang Disukai Allah | Terdapat tujuh kalimah mulia di sisi Allah dan Malaikat, bila diucapkan maka Allah S.W.T akan mengampunkan segala dosa-dosanya.
Sabda Rasulullah S.W.T yang maksudnya : " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampun dosa-dosanya walau sebanyak buih laut.
Kalimah-kalimah tersebut adalah seperti berikut :
Pertama :Mengucap 'Bismillah' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
Sebelum hendak memulakan sesuatu pekerjaan membacalah Bismallah. Bismallah adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ" yang bermaksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya syaitan menganggap halal makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya."(Hadis Riwayat Muslim)
Kedua : Mengucap 'Alhamdulillah'(segala pujian bagi Allah) pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
Tanda kita bersyukur kepada segala nikmat yang telah Allah kurniakan hendaklah sentiasa memuji Allah SWT dengan mengucapkan "Alhamdulillah"
Firman Allah SWT maksudnya :
"Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
" Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah dan setiap tahlil ialah sedekah dan setiap lafaz takbir adalah merupakan sedekah. "
Ketiga : Mengucap 'Astaghfirullah' jika lidah tersilap perkataan yang tidak elok.
Istighfar bermaksud memohon kemaafan. Dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan menyebut 'اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ' bersama rasa menyesal di hati.Amalan harian Rasulullah dulunya beristighfar 100kali untuk mengelakkan lidahnya daripada menuturkan kata-kata buruk.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).
Keempat : Mengucap 'Insya Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ |
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi SAW. untuk bertanyakan mengenai hal roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzulkharnain. Nabi SAW. lalu menjawab, "Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya, " .
Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi SAW. hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir.
Ketika itu turunlah ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.
Firman Allah SWT maksudnya :
" Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ' Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ' , kecuali (dengan menyebut) ' Insya Allah ' . Dan ingatlah kepadaTuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ' Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini '. " (Surah Al-Kahfi ayat 23-24)
Perkataan 'InsyaAllah ' membawa erti jika Allah mengkehendaki. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai manusia terbatas daripada mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa ke depan. Jika kita sebagai makhluk punya rencana atau perancangan, Allah pula sebagai Khalik punya segala kuasa. Dengan demikian ucapan ' Insya Allah ' menunjukkan kepada kerendahan hati kita sebagai seorang hamba dan sedar dengan segala kekuasaan Allah terhadap makhlukNya. Atas dasar itulah Nabi SAW. sendiri pun ditegur oleh Allah SWT. bila alpa daripada mengucapkan yang demikian.
Kelima : Mengucap 'La hawla wala quwwata illa billah' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
Lahawla wala quwwata illa billah merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.
Berkata Abdullah bin Masud r.a, pernah seketika beliau bersama Rasulullah SAW. dan dia mengucapkan 'لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ'."Baginda SAW. bertanya:"Apakah kamu mengetahui maksudnya?","Aku menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui"
Baginda SAW. menerangkan maksudnya :"Ia bermakna tidak ada sesiapa yang mempunyai daya keupayaan untuk memelihara dirinya daripada menderhakai Allah melainkan dengan pertolongan dan perlindungan dari Allah, dan tidak ada sesiapa pun mempunyai daya keupayaan untuk mentaati dan beribadat kepada Allah tanpa bantuan dan petunjuk daripada Allah.
Tidak ada daya keupayaan untuk mengelak daripada menderhakai Allah melainkan dengan perlindungan dan pertolongan Allah dan tidak ada daya keupayaan untuk mentaati dan menyembah Allah melainkan dengan pertolongan dan petunjuk daipada-Nya, dan tidak ada tempat perteduhan yang selamat daripada kemurkaan Allah melainkan Allah"
Dalam riwayat yang lain, "Kami bersama Nabi SAW. Bila kami menaiki dataran tinggi, maka kami mengucapkan takbir. Maka baginda mengatakan: 'Wahai manusia kasihilah diri kalian, kerana kalian tidaklah menyeru Dzat yang tuli atau jauh, akan tetapi Ia Maha Mendengar dan Maha Melihat. 'Lalu baginda mendatangiku, sementara aku sedang mengucapkan dalam diriku: 'La hawla wala quwwata illa billah.'Lalu baginda mengatakan: 'Wahai Abdullah bin Qais (nama Abu Musa), ucapkan La hawlawala quwwata illa billah. Sesungguhnya itu adalah salah satu kekayaanyang tersimpan di syurga.' Atau beliau mengatakan:'Tidakkah kamu mau aku tunjuki salah satu harta kekayaan di syurga? Lahawla wala quwwatailla billah'." (Hadis Riwayat Bukhari )
Keenam : Mengucap 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' jika menghadapi dan menerima musibah.
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
Allah SWT. berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang Mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya." (Hadis Riwayat Muslim)
Ketujuh : Mengucap 'La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah' sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya "
"Dari Ubadah bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yangbermaksud.."Barangsiapa bersaksi mengatakan لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ (Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah) maka Allah akan mengharamkan Neraka baginya.."
Rasulullah bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang berkata kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADARRASULULLAH sebanyak 100 kali maka tatkala ia datang di hari kiamat dengan wajahnya seperti bulan purnama."
"Rasulullah pernah bersabda maksudnya : "Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata. 'Wahai Muhammad, apa erti kesusahan, sedangkan Allah s,w,t telah memberikan kepada umatmu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu :
1. Allah berfirman yang bermaksud " Aku disisi hambaKu ialah Aku mengikut sangkaannya terhadapKu dan Allah tidak menyalahi sangkaan hamba terhadap-Nya."
2. "Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak."
3. "Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau, selagi mana nyawanya belum sampai ke kerongkong"
4. "Barangsiapa datang kepada Allah dengan membawa dosa sepenuh bumi maka jika ia menyebut LAILAHAILLAH MUHAMMADARASULULLAH , maka nescaya Allah akan mengampuninya."
5. "Allah s.w.t menghapuskan dosa-dosa mereka yang sudah mati dengan sebab do'a orang-orang yang masih hidup."
Marilah amalkan tujuh kalimat yang menghandungi fadilat dan hikmah yang sungguh besar dan bermanfaat untuk kita di dunia dan akhirat. Setiap kali kita menyebutnya yakinilah kita akan mendapat rahmat dan keampunan dan ada ganjaran yang besar di sediakan oleh Allah SWT tanda kita bersyukur dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT
Kredit, : Facebook
Masyaallah
BalasPadamTerima kasih dgn perkongsian ini dpt menjadikan hati tenang berzikir.