5 Tips Ringkas Jika Nak Berubah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 TIPS RINGKAS HIJRAH


1. NIAT

Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredhaan Allah. Perubahan diri yang disertakan niat pasti mendapat pertolongan. Ingat remaja semua, jika anda melakukan hijrah tapi menunjuk-nunjuk pasti mengundang padah malah tidak kekal lama kebaikan yang diterima tu.

2. MATLAMAT

Matlamat yang ditetapkan itu perlulah relevan dan mampu untuk dicapai. Jangan meletakkan matlamat sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Mulakan dalam usaha yang mudah.

3. BUANG ANGGAPAN SALAH

Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Mungkin anda pernah beranggapan, golongan baik baik saja yang mampu memperoleh kemanisan iman sedangkan anda tidak. Buang jauh-jauh perasaan nagatif itu yang boleh mencacatkan semangat anda untuk melakukan penghirahan.

4. BANYAKKAN BACA KISAH ORANG BERJAYA

Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran mengenai bagaimana akhirnya wanita berkenaan mendapat hidayah untuk tampil bertudung dan menutup aurat . Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah . Itulah kuasa Hijrah .

5. PEDULIKAN KATA ORANG

Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat.

Sumber:Telegram channel 

Berlangganan update artikel terbaru via email:

4 Responses to "5 Tips Ringkas Jika Nak Berubah"

  1. Bermula dari hati...terjemahkan dengan tindakkan.
    Salam Jumaat indah.

    BalasPadam
  2. Yup.. betul tu.. setuju dgn tips di atas.. nice sharing sis.. ^^

    BalasPadam
  3. Pokok pangkalnya berbalik pada diri sendiri jugakan MF. Jiwa kena kental gitu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel