3 Adab Memakai Selipar

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Adab Memakai Selipar | Selipar, atau kasut satu keperluan dan adat kita di Malaysia.. Tapi sejauhmana kita  pakai selipar atau kasut dengan beradab?

Antara adab yang dianjurkan oleh Nabi SAW ketika memakai selipar adalah:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


إِذَا انْتَعَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِالْيُمْنَى، وَإِذَا خَلَعَ فَلْيَبْدَأْ بِالشِّمَالِ، وَلْيُنْعِلْهُمَا جَمِيعًا، أَوْ لِيَخْلَعْهُمَا جَمِيعًا

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ingin memakai selipar maka mulakanlah dengan kaki kanan. Mankala, apabila kamu ingin membuangnya maka mulakanlah dengan kaki kiri atau pakailah keduanya serentak atau membuangnya secara serentak”. [Riwayat Muslim (2097)]

Antara Petunjuk Nabawi di dalam hadith ini, boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
  • Memulakan memakai selipar dengan kaki kanan.
  • Memulakan membuang selipar dengan kaki kiri.
  • Memakai kedua selipar secara serentak dan membuangnya juga dalam keadaan serentak. Maknanya pakai dalam keadaan duduk... kalau berdiri agak susah nak pakai dua-dua serentak.

3 Adab Memakai Selipar

Tambahan pula, Nabi SAW melarang kita berjalan dengan menggunakan satu selipar sahaja. Ini diceritakan di dalam sebuah hadith:

Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا تَمْشِ فِي نَعْلٍ وَاحِدٍ

Maksudnya: “Janganlah kamu berjalan dengan satu selipar”. [Riwayat Muslim (2099)]


Imam al-Nawawi mengatakan hukum berjalan menggunakan satu selipar adalah makruh. Jika tali (pemegang antara selipar dan jari) selipar itu terputus maka janganlah kamu berjalan dengan yang sebelah lagi (yang elok) sehingga kamu membaiki yang telah rosak itu. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 75/14]
Sumber rujukan: http://www.muftiwp.gov.my/

Jadi, jom amalkan adab supaya mendapat pahala... Ajarkan juga kepada anak-anak supaya amalkan adab mengikut sunnah, supaya manfaat dunia dan akhirat kita dapat..

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. terima kasih atas perkongsian info ni sis..baru saya tahu adab memakai selipar yang betul

    BalasPadam
  2. Amalkan sunnah dapat pahala...biasakan dgn yg mudah dahulu kan =)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !