بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
3 Tips Kekal Lama dalam Dunia Blog! | Blog ibarat patah tumbuh hilang berganti... ada yang kekal lama, ada yang suam-suam kuku, ada yang baru dan ada yang lama... Alhamdulillah, tahun ni MF bakal sambut aniversary yang ke-7 sebagai blogger... tapi betul-betul serius mula tahun 2012. MF juga pernah alami zaman kemurungan dalam berblog, Alhamdulillah selepas dua tahun MF kembali aktif semula berblog...
Sebenarnya, ada cara kita nak kekal dalam dunia blog... walaupun kekangan dan masalah serta cabaran dunia blog, kita hadapi je dengan tenang... biasalah pasang surut, turun naik dalam berblog.
Beberapa tips MF kongsikan, hasil dari pengalaman dan pembacaan serta pemerhatian sendiri dalam dunia berblog.
![]() |
sumber: google images |
1. Berblog kerana Minat
Berblog perlu ada minat. Jika berblog kerana terikut-ikut dengan rakan, atau musim, atau tengok orang ada blog aku pun nak juga, memang susah nak kekal lama... sebab berblog perlu ada komitmen.
2. Matlamat yang jelas
Apa sahaja kita buat perlu ada tujuan, tetapkan matlamat yang jelas dalam kita berblog.. Kenapa kita jadi blogger??? Kenapa kita wujudkan blog??? jadi, kita akan berblog ikut tujuan dan matlamat kita.. kita berblog ikut cara kita bukan ikut rentak dan cara orang lain...
3. Jaga Perhubungan Silaturrahim
Walaupun kita ni blogger tapi tetap ada pendapat, cara dan gaya tersendiri.. Hormati antara satu sama lain.. Jangan cari pasal, jangan ada dengki... masing-masing teruskan berblog dengan cara masing-masing. Bab rezeki pun sama juga... jangan nak dengki... bina blog dengan identiti sendiri.
Itu 3 tips mudah untuk kekal lama... kebanyakan blog terkubur sebab kedua tu, tiada matlamat yang jelas, jadi akhirnya blog terbiar tak update... atas alasan sibuk dan sebagainya...
Apa pun jika kita buat sesuatu kerana minat, insha Allah akan kekal lama...
💚 Happy blogging...💚
Samalah dengan akak... berblog sejak 2010. Selapas tu terus berblog... tp ada lah pasang surut jugak sebab sibuk. Sekrg ni dah 3 tahun blogginng sepenuh masa.
BalasPadamSetuju dgn ketiga tips di atas.. nice sharing babe..
BalasPadamInsya Allah. Tq ye atas tips
BalasPadamTips yang bagus!
BalasPadamsetuju sgt hat yg jaga hubungan sesama blogger tu. Yela, dunia blog ni bkn besar mana pun. kalau bermasam muka, nanti2 terpaksa jumpa juga.
BalasPadam