Doa Agar Tidak Dihilangkan Nikmat

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa Agar Tidak Dihilangkan Nikmat | Nikmat ialah semua bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang seperti kesihatan, makanan, tempat tinggal dan keamanan.

Bila dapat sesuatu nikmat kita risau jika nikmat itu hilang... Jadi, kita boleh amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ini...

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ مِنْ دُعَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ.
Maksud hadith :-
Daripada 'Abdullah bin 'Umar beliau berkata; "Diantara doa Rasulullah S.A.W adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, daripada terlepasnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, daripada siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan daripada segala kemurkaan-Mu." (Hadith riwayat Muslim: 2739, Abu Dawud : 1545)

Adakalanya, nikmat boleh jadi ujian... Untuk lihat sejauh mana keimanan dan kesyukuran kita kepada nikmat yang diberikan Allah...

Oleh itu, cara lain bila dapat sesuatu nikmat wajiblah kita syukuri dengan 3 cara:

sumber: google images

3 Cara Syukuri  Nikmat :

1. Hati, iaitu yakin bahawa segala kesenangan dan nikmat itu daripada Allah

2. Lisan, iaitu dengan memuji Allah dengan zikrullah

3. Amalan, iaitu menzahirkan rasa syukur dengan amalan yang taat dan patuh kepada perintah serta tinggalkan larangannya... Contohnya, jika Allah berikan kita rezeki yang lebih, gunakan wang itu untuk bersedekah dan membeli sesuatu yang melambangkan ketaatan kepada Dia seperti pakaian yang menutup aurat.. Itulah tanda kita syukur kepada nikmat yang Allah bagi  ...


Moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak kufur nikmat... 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. amin amin.. smoga Allah menambahkan pelbagai nikmat lagi buat kita. marilah mensyukuri nikmat-Nya keatas kita..

    BalasPadam
  2. amin ya rab. semoga allah terus mengurniakan pada kita nikmat dan rezekinya secukupnya.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !