GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Punca Sebenar Kematian Mengejut Ibu Meninggal Dalam Pantang Bersalin Czer

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pertama sekali agak berdebar nak kongsikan entry ni.. tapi MF rasa perlu juga MF tulis sebab untuk betulkan keadaan... Bukan niat nak aibkan arwah... Tapi cuma betulkan masyarakat kita... JANGAN BUAT SPEKULASI BILA BERLAKU KEMATIAN...


Pagi tadi, kecoh betul pasal sebuah berita kematian seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kulai... Dah heboh di Facebook, WhatsApp Dan telegram... Terutama group cikgu-cikgu...



Kisah kematian seorang guru wanita yang meninggal sendirian bersama 2 anak di atas katil.. Ank sulung setahun lebih menangis dan bayi berusia 48 hari pun menangis hingga kehilangan suara mungkin akibat kelaparan..  ... Arwah ditemui oleh suaminya pada waktu malam selepas suami arwah pulang dari balik kerja pada malam tersebut.

Berita tersebut tersebar dilaman sosial... Yang menjadi spekulasi ialah dalam viral itu, punca kematian adalah disebabkan oleh pendarahan pada tempat pembedahan...

Namun, dakwaan punca kematian disangkal oleh rakan rapat arwah di Facebook...


Ini post asal yang tersebar...

Salam Takziah. Cikgu Siti Rohana Redzuan(Sesi petang) smk bandar putra telah meninggal dunia, semalam jam 8 malam. Bersendirian dgn 2 anak di rumah. Dijumpai pada jam 8 malam oleh suami selepas pulang kerja. 

Dia baru lepas bersalin. Anak nya kedua baru 48 hari. Ceaser. Katanya pendarahan tempat dia ceaser
Masa jumpa, anaknya yang baby nangis dah tak keluar suara
Anaknya yang pertama menyusu jugak time makny dah takde tu. sbb dah lapar sgt. Nangis sampai muntah2.
 Husbandnya balik rumah gelap. Baru tgk anak isteri semua atas katil

😰 share kisah cikgu sek anak di smk banda putra semlm.. mungkin ada yg mengenali arwah.


Adalah perlu sebar hal kematian, untuk peringatan buat yang masih hidup tapi tak perlu tambah cerita untuk tarik perhatian dan kesedihan orang lain...

Jika berita tu tak sahih... Dah jatuh fitnah dan aib .. MF share Ni bukan nak raih komen orang tapi nak betulkan keadaan... Sebab MF suka siasat dan cari dulu info sesuatu viral sebelum sebarkan kepada yang lain... Kat Facebook pun MF Baca satu-satu komen kat post Baru akan komen... Bagi kita yang nak sebarkan berita kematian... Cukup bagitau hal kematiannya..punca kematian tak perlu sebarkan jika kita tak tahu cerita sebenar...

Dalam kisah ni sedih la... Suami arwah kena kecam dengan orang kerana biarkan arwah sendirian dan tak dijaga dengan baik... Kesian kan... Tak pasal je.. zaman sekarang orang suka cari salah orang lain... Tapi tak muhasabah dan cermin diri sendiri ... Jadi, hati-hati sebarkan berita... Ingat.. kita nanti mati camne pula la kan..


Apa pun semoga Allah permudahkan urusan keluarga arwah... Moga Allah pelihara Anak-anak arwah yang masih kecil... Dipermudahkan urusan mereka dan salam takziah buat keluarga arwah dan al-fatihah buat arwah.. moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... 

10Ulasan

  1. Terima kasih pencerahan MF..
    Betul ke tabayun dulu baru sebar..
    Akak pun ada terima viral tu..

    BalasPadam
  2. Allahuakbar... :-((

    Al fatihah untuk arwah. semoga anak-anaknya di bawah lindungan Allah.

    BalasPadam
  3. Ya allah... anak2 kecik lagi... siannya kat anak2 tu. Terbayang camne keadaan budak2... allahuakbar... moga2 keluarga allahyarham tabah...

    BalasPadam
  4. Terima kasih. Takziah kepada keluarga arwah. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  5. Sokong. Kisah yg viral di FB ni sentiasa mengundang komen2 orang. Masalahnya pembaca yg mengomen cenderung berkata-kata sesedap rasa tanpa tahu kisah sebenar. Biar jadi pengajaran pada semua agar sentiasa ber'tabayyun' sebelum berkata-kata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tak boleh nak control org yang komen.. tapi kita boleh control diri kita dari sebarkan berita yang tak sahih..

      Padam
  6. Alfatihah buat arwah.. kesian, baby kecik lg

    BalasPadam
  7. Isteri juga ada yang cerita tadi sebelm ke tempat kerja..
    sebaiknya kita mendengar dari semua pihak dan bukanya sekadar gosip2 liar yang pasti belum tentu betul..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ