div id='header-inner'>

Awak Tu Baik Sangat Ke?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman sekarang semua orang nak kata dirinya baik... Tambah dalam kalangan mak-mak la kan.. berlumba-lumba mengata dialah ibu yang baik dan cara didikan terbaik...

Baik sangat ke kita ni???

Baiklah, nak tahu kita ni baik ke tak... Baca koleksi petikan hadis Nabi SAW Ini tentang ciri manusia yang baik...



SEBAIK-BAIK MANUSIA...


Siapakah sebaik-baik manusia?
‎ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
 Sabda Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang mempelajari Quran dan mengajarkannya. (Sahih Bukhari: 5027)


Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang terbaik akhlaknya. (Sahih Bukhari: 6035)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang terbaik pembayaran hutangnya (Sahih Bukhari:2305)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang diharapkan kebaikannya dan selamat dari kejahatannya. (Sahih At-Tirmizi: 2263)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang terbaik terhadap isterinya. (Sahih Ibn Hibban: 4177)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang memberi makan dan menjawab salam. (Sahih Al-Jami': 3318)

‎🌱 ( خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة)
‎📙 الترغيب والترهيب  234/1
‎أي: يفسح لمن يدخل الصف في الصلاة .
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang lemah lembut bahunya dalam solat (dlm saf solat utk memberi ruang kpd saudaranya).

‎🌱 ( خير الناس من طال عمره وحسن عمله )
‎📙 صحيح الجامع 3297
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya. (Sahih Al-Jami': 3297)

‎🌱 ( خير الناس أنفعهم للناس )
‎📙صحيح الجامع 3289
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang paling memberi kemanfaatan kepada yang lain. (Sahih Al-Jami': 3289)

‎🌱 ( خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره )
‎📙صحيح الأدب المفرد/84
Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah yang terbaik terhadap sahabatnya, sebaik-baik jiran ialah yang terbaik terhadap jirannya. (

‎🌱 ( خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم واللِّسان الصَّاد* ) قالوا : صدوق اللسان نعرفه ، فما مخموم القلب ؟ قال :
‎(  هو النقي ، التقي ، لا إثم عليه ، ولا بغي ، ولا غل ، ولا حسد ) .
‎📙صحيح الجامع / 3291
Sebaik-baik manusia ialah yang memiliki hati yang sejahtera (suci, taqwa, sifar dosa, sifar dendam, sifar dengki) dan lidah yang benar. (Sahih Al-Jami':3291)

‎جعلني الله واياكم من خير الناس
Semoga Allah menjadikan kita semua sebaik-baik manusia.

Terj. oleh Dr Sulaiman Noordin

Diubahsuai dari nukilan Ustaz Iqbal Zain


Amalan??? 

Korang ada tak ciri-ciri yang Nabi SAW sebut tu? Kalau ada.. alhamdulillah... Kalau tak ada, jom perbaiki diri agar kita jadi sebaik-baik manusia... 

Tapi.. 
Orang yang baik tak kan mengaku dirinya baik... 

Catat Komen

4 Ulasan

  1. insyaallah jom sama2 perbaiki diri

    BalasPadam
  2. insyaallah masih sempat nk ubah yg lebih baik..tak smua rajin mmbuka dan membaca Al-quran ni

    BalasPadam
  3. sama-sama kita sentiasa berusaha perbaiki diri

    BalasPadam
  4. Kadang2 SA terfikir tentang Netizen yang mulut lancang komen sesuatu yang viral..diorang xde hati perut ke..baik sgt ke...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)