GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

KISAH USTAZ MUDA SETELAH BERKHUTBAH AIDIL FITRI DI SEBUAH MASJID

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Setelah solat Aidil Fitri di masjid di Cheras... saya bersiap utk balik kerumah. Tetapi ketika diparking saya menghentikan langkah ketika ada sebuah dompet besar berdekatan kendaraan saya. Dengan hati-hati saya angkat dompet itu. Agak berat berisi. Tapi saya tidak tahu siapa pemilik dompet ini.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, saya buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Saya baca didalamnya juga ada nama dan alamatnya serta tulisan sejumlah wang. Duit note RM500 dlm dlm 5 ikatan yg tebal. Saya panik. Antara keliru dan rasa amanah saya keluar masjid. Wang ini harus dikembalikan ke pemiliknya.


Sumber: Google images

Saya bergegas memandu kenderaan ke alamat yang ada dibungkusan wang itu. Ketika sampai, saya cuba beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yg sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan  bertanya mahu mencari siapa? Saya bertanya, "Saya hendak berjumpa dgn En Haji Salim adakah ada disini?"

"Saya nama yang saudara cari. Ada apa encik?"

"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras' ?", tanya saya.

"Ya. Betul"

"Pak Haji tadi bawa apa ketika solat?"

Laki-laki itu menjawab, "Astaghfirullah.. iya .. saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya.. Saya lupa dimana letaknya." Pandangannya kearah saya penuh dgn tandatanya.

Saya pergi ke kenderaan saya dan mengeluarkan dompet besar yang saya terjumpa di masjid. "Dompet yang ini ke Tuan Haji?"

"Ya... yang itu..  Alhamdulillaah.. terima kasih nak. Dalam tas ini bapak menyimpan wang dari Bank ."

"Maaf demi untuk mencari pemiliknya terpaksa saya imelihat isinya.."
Saya serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi saya ditahan pak Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya sampaikan padamu sebagai rasa terima kasih saya."

Hj Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita cantik berhijab tersenyum ramah kepadaku.  Masya Allah.... hati ini mulai berdegup kencang

"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."
Saya terkejut. Dengan tergagap saya berkata, "Maaf Tuan Hj, saya sudah beristeri. Saya belum neritahu apa-apa kepada isteri saya tentang rancangan Tuan Hj. ini."

Hj Salim tersenyum, dia bertanya dengan sabarnya, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada no hpnya?"

Saya mengangguk lalu memberikan no hp tsb. Tuan Haji Salim mencatat nombor HP isteri saya dan terus menalifon isteri saya. Tubuh saya tiba-tiba mengigil, terlalu mengigilnya sampai seperti digoncang-goncang apalagi saat telfon itu diberikan kepada saya katanya isteri saya mahu bercakap, kemudian terdengar suara isteri saya sambil menggoyang-goyang tubuh saya... 
Pa..papa bangun...

Tolong buka pintu, ada orang dtg beraya...!

😆😆😆😆😆😋

Sumber : Telegram

P/S: Nama dan cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena antara yang hidup dan yang mati... Berkongsi untuk hilangkan stress dan penat otak sahaja... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ