Keropok Nasi!

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Keropok Nasi! | Tak pernah pula terfikir yang nasi sejuk boleh buat keropok... Tapi resepi ni jadi viral di Facebook... Katanya, asal resepi ni dari Indonesia... Tapi ramai yang kongsikan resepi ni... Jadi, MF nak share juga di sini, untuk simpanan MF sendiri... nanti nak buat, MF boleh cari gali semula di blog sendiri... selain tu, untuk perkongsian dengan sesiapa sahaja yang belum tahu dan cuba nak buat... 

RESEPI KEROPOK NASI

Keropok Nasi!

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk nasi sejuk | direndam dalam air selama 1 jam
1 mangkuk tepung ubi atau  secukupnya
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 batang daun bawang | hiris nipis
Garam secukup rasa
Stok ayam/ kiub ayam secukupnya

CARA MMEBUATNYA:

1. Satukan nasi, bawang putih dan ketumbar. Kisar atau tumbuk sampai halus.
2. Masukkan garam, daun bawang dan kiub ayam. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan-lahan sampai liat.
4. Ambil adunan dan gentel menjadi bentuk lonjong (seperti keropok lekor).
5. Didihkan air dan masukkan doh keropok tadi. Rebus sehingga terapung.  
6. Angkat dan toskan airnya. Ambil doh dan hiris nipis. Sagat pun boleh guna penyagat nipis.
7. Susun kepingan keropok di atas tampi atau dulang dan jemur di bawah cahaya matahari sehingga betul-betul kering.
8. Untuk menikmatinya, goreng di dalam minyak seperti menggoreng keropok biasa. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook


Boleh cuba buat kuih raya dan kudapan di depan TV... hehe... 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. resepi unik nie..
    Nasi sejuk dibuat keropok ye..

    BalasPadam
  2. mcm menarik.
    tapi tu la. skang ni aida masak nasi ikut keperluan.
    makan nasi kasik abis :) ha ha ha

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !