6 Koleksi Resepi Dari Dada Ayam

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

6 Koleksi Resepi Dari Dada Ayam | Dada ayam, tak semua orang suka sangat sebab dada ni banyak isi... Lagipun kalau tak kena cara masaknya jadi tak sedap dan keras. Pening jugakan ... Nak masak apa dengan dada ayam terutama bahagian isi... 

Jadi, MF nak kongsikan enam resepi yang lazat inspirasi dari dada ayam. 


#1 Resepi Nugget Ayam

Nugget ayam


Bahan Bahan:

  • Dada ayam - ambil daging dan kulitnya, lalu potong-potong kecil, supaya senang nak blender.
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • Ketumbar secukupnya
  • Lada secukpnya
  • Sayuran jika suka

Cara Membuatnya:

Kisarkan semua bahan diatas dengan air sedikit, kemudian masukan telor 1 biji, minyak goreng 2-3 sudu makan, garam dan gula serta serbuk perasa jika suka. 

Gaulkan semua bahan tersebut, lalu masukkan 2 sudu makan tepung ubi dan terigu secukupnya​, adun sederhana supaya tak lembik dan tak keras.

Kemudian kukus adunan hingga masak.

Setelah masak, potong-potong sesuai selera, celup di dalam telur, lalu gulingkan di atas tepung roti, dan nuget siap digoreng atau disimpan di dalam  Freezer.

Adunan ini boleh di jadikan sosej juga. Masukkan adunan ke dalam plastik aiskrim dan kukus hingga masak.  



#2 Ayam Percik

Ayam percik

Bahan-bahannya:

3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)


Bahan untuk merebus ayam

3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus


Cara membuatnya:


UNTUK KUAH :
1. Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata.
2. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat.
3. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.

UNTUK AYAM :
1. Ayam dibersihkan, cuci dan tos.
2. Didihkan air bersama bahan-bahan untuk merebus ayam.
3. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :
1. Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan.
2. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak.
3. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan.

#3 Fillet Dada Ayam Bersos Tiram

Dada ayam sos tiram


Bahan-bahan 

250 gram fillet dada ayam
Sawi atau apa sahaja sayuran yang suka ditambah ikut selera
1susu makan sos tiram
secukupnya sos tomato
secukupnya kicap manis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
secukupnya gula dan garam

Cara menyediakan:


Cuci bersih dada ayam, dan potong nipis ikut saiz kesukaan anda.

Tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah di hiris nipis, masukkan garam dan perasa (jika suka)

Setelah harum masukkan potongan ayam, tumis sebentar. Lalu masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis, sedikit garam (bagi yang suka pedas juga boleh ditambahkan cili padi yang dipotong)

Jika ayam sudah berubah warna dan agak memutih masukkan sayuran, tambahkan sedikit air. Dan biarkan sebentar

Setelah sayuran layu, matikan api. Dan siap untuk dihidang.


#4 Sate  Dada Ayam Fillet Berempah

Sate dada ayam


Bahan-bahan 


2 potong dada ayam fillet(potong kecil)
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk buah pala
2 sudu makan garam
1 sudu teh kunyit bubuk
2 sudu makan jintan putih
2 buah limau nipis atau 1 buah limau kasturi
1 sudu makan bubuk cabe merah
2 ulas bawang putih tumbuk halus

Kuah Kacang:


2 sudu makan minyak goreng
1 bungkus kacang tanah.
3 sudu makan gula Melaka
2 sudu gula pasir
3 sudu makan Thai Red Curry
2 sudu makan serbuk cili merah
1 kotak santan kelapa atau santan pekat
Kicap manis (Optional)


Cara membuatnya:


Cuci, potong dan gaul dada ayam fillet dengan : bawang putih, garam, jintan putih, serbuk buah pala, serbuk ketumbar,  dan serbuk kunyit. Perah buah limau nipis atau 1 buah lemon atau buah limau kasturi. Peraplah daging ayam tadi di dalam bekas tertutup dan masukan ke dalam peti sejuk selama 1 malam.

Keesokan harinya, keluarkan daging ayam tadi lalu cucuk dengan lidi sate. Oleskan sedikit santan kelapa di atas pemanggang ajaib. Panggang sate ayam hingga masak.

Untuk kuah kacang:
Masukan kacang tanah,  gula Melaka, gula pasir, serbuk cili merah dan sedikit minyak goreng ke dalam blender lalu blend hingga benar-benar halus.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak, 5 sudu makan santan kelapa, Thai Red Curry Paste dan air lalu masak kuah kacang hingga pekat.


#5 Filet Dada Ayam Goreng Tepung

Ayam crispy

Bahan-bahan 


1 kg filet dada ayam
2 sudu makan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh jintan
2 sudu teh garam
secukupnya tepung roti
2 biji telor
secukupnya minyak goreng

Cara membuatnya: 


Ayam filet dilumuri garam, jintan, serbuk cili dan tepung serbaguna.

Perapkan setengah jam agar bahan meresap

Celupkan ayam ke tepung roti

Celupkan ayam ke telor

Celupkan ayam ke tepung roti kembali, lakukan ini dua kali.

Goreng ayam dengan minyak goreng panas. Pastikan ayam tercelup minyak goreng agar ayam matang merata

#6 Resepi​ Ayam Boneless Crispy Madu Bijan

Resepi​ Ayam Boneless Crispy Madu Bijan

Bahan:


500 gram daging dada ayam boneless
1 butir telur
3 sudu makan madu
garam dan jintan secukupnya
50 gram bijan
3 sudu makan minyak goreng
1 sudu kicap masin
1 sudu teh kicap manis
tepung crispy ayam goreng


Cara Membuat:


Potong daging ayam sesuai selera.
Rendam daging ayam dalam 1 butir telur yang dipukul.
Tambahkan garam, jinta dan biarkan meresap kurang lebih 15 minit.
Gulingkan dalam tepung crispy.
Panaskan minyak dan goreng potongan ayam.
Angkat dan toskan.

Tuang 3 sudu minyak goreng dan madu dalam kuali.
Tambahkan garam, kicap masin, dan kicap manis.
Masak dengan api kecil sampai rata.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan aduk sampai rata dan bahan meresap.
Matikan api dan tuangkan bijan sebelum diangkat dan gaul rata.
Ayam siap untuk dihidangkan.


Ini antara resepi yang boleh dikatakan sedap dan menyelerakan termasuk anak-anak. Ada lagi resepi Lain boleh dibuat dengan dada ayam... Antaranya ayam goreng kunyit dan juga ayam masak paprik. Untuk resepi penuh boleh baca sini [Ayam Paprik]

Selamat mencuba dengan resepi-resepi ini... 


Sumber resepi: pinrest

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. wah semuanya sedap..MV memang suka beli dada ayam...lepas ni boleh lah try

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !