Wanita Dalam Pantang Pun Boleh Dapat Pahala Puasa Jika Buat 7 Amalan Mudah Ini

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Wanita Dalam Pantang Pun Boleh Dapat Pahala Puasa Jika Buat 7 Amalan Mudah Ini | Alhamdulillah... Bulan Ramadhan ini ramainya rakan Facebook MF yang bersalin... Jadinya memang sah lah sebulan bulan Ramadhan terlepas dari amalan berpuasa... Tapi jangan risau... Islam tu mudah sangat... Banyak amalan lain yang boleh ibu berpantang buat walaupun berpantang di bulan puasa untuk raih pahala puasa... 


1. Memberi & Menyediakan Ifthar (hidangan berbuka)


Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :

” Barang siapa yang memberi ifthar (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang shaum/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang shaum/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun”. (H.R. Bukhari Muslim).

Tak mampu masak, kita belikan... Kirimkan kat anak ke, jiran ke atau sesiapa sahaja... Beli untuk orang lain walaupun kita sendiri pun tak boleh makan... Besar pahalanya. Tak nak ke?

2. Melakukan Khidmat (membantu) Orang Lain


Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari bekas airmu ke dalam bejana (cawan) milik saudaramu.”(H.R.At-Tirmidzi)

Semua hal tersebut jika dilakukan kerana Allah tidak akan sia-sia kerana, khidmat termasuk amal soleh dan bahkan wanita boleh mendapatkan pahala yang sama dengan yang berpuasa jika dia melakukan khidmat kepada orang yang berpuasa. Contohnya Khidmat ialah: Menyiapkan makan sahur dan berbuka, berbelanja untuk keperluan makan, mengasuh anak, atau apa sahaja khidmat yang mampu kita buat.

3. Berdoa & Berzikir Tetap Jalan


Walau muslimah ketika berpantang (nifas) atau haid tidak diperbolehkan solat, tapi ketika habis azan sangat dianjurkan untuk berdoa dan berzikir .

“Dari Jabir Bin Abdullah Radhiyallahu Anhu Bahwa” Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda:

“Barangsiapa mendengar panggilan azan lalu ia Berdoa ‘Ya Allah Ya Rabb.. Pemilik seruan yang sempurna ini, dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Wasilah dan keutamaan dan tempatkanlah ia di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan’ Akan Mendapatkan Syafaatku kelak pada hari kiamat (HR. Bukhari).

Para Fuqaha sepakat pada tiga ibadah iaitu, istighfar, zikir dan doa tidak disyaratkan yang melakukan harus suci dari hadas sama ada hadas besar ataupun hadas kecil. Ertinya seorang wanita yang sedang nifas atau haid, meskipun dia berhadas besar tidak ada larangan baginya untuk beristighfar, zikir dan berdoa sepanjang waktu selama mampu. Jadi, rugilah tak rebut peluang yang ada. Bulan Ramadhan bulan mustajab doa.

4. Mendorong Orang Lain untuk Buat Amal Ibadah dan Kebajikan


Mengingatkan anggota keluarga untuk menunaikan solat sunah terutama solat sunnat dhuha dan solat sunnat qiyamullail.

Dari Abu Mas’ud Al Anshari dia berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, jalan kami telah terputus kerana haiwan tungganganku telah mati, oleh kerana itu bawalah saya dengan haiwan tunggangan yang lain.” Maka beliau bersabda: “Saya tidak memiliki (haiwan tunggangan yang lain).” Tiba-tiba ada seorang laki-laki yang berkata, “Wahai Rasulullah, saya dapat menunjukkan seseorang yang dapat membawanya (memperoleh penggantinya).” Maka beliau bersabda: “Barangsiapa dapat menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang melakukannya.” (H.R. Muslim)


Wanita Dalam Pantang Pun Boleh Dapat Pahala Puasa Jika Buat 7 Amalan Mudah Ini
Wanita Dalam Pantang Pun Boleh Dapat Pahala Puasa Jika Buat 7 Amalan Mudah Ini

5. Istighfar & Sedekah


Istighfar dan Sedekah lebih layak diperhatikan dibulan Ramadhan kerana bulan ini adalah bulan yang paling mulia diantara seluruh bulan.

Dari Abdullah bin Umar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa beliau bersabda:

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni Neraka.” (H.R. Muslim)

Secara khusus Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam menyarankan wanita agar memperbanyak istighfar dan sedekah kerana baginda diperlihatkan bahawa  wanita adalah penghuni neraka yang paling banyak.

6. Tholabul ‘Ilmi (mencari ilmu)


Mencari ilmu termasuk amal soleh yang boleh dilakukan wanita nifas/haid di bulan Ramadhan sama ada dilakukan dengan mendatangi majlis ilmu ataupun mempelajari isi buku. Nak hadiri majlis ilmu tak payah pergi masjid pun boleh ... Buka aje rancangan ilmiah dan juga di YouTube kan banyak ceramah agama dan kuliah yang bermanfaat.

“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut Ilmu, Nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala menunjukkan jalan menuju Syurga Baginya”. (H.R. Muslim)

“Barangsiapa wafat dalam menuntut Ilmu (dengan maksud) untuk mengidupkan Islam, Maka antara dia dan Nabi-Nabi satu darajat di dalam Syurga.”(H.R. At Thabrani)

7. Menjauhi Larangan Agama


Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam bersabda :

“Barangsiapa Tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tiada ertinya di sisi ALLAH baginya shaum/puasa dari makan dan minum” (HR Bukhari).

Muslimah yang bijak tentunya berupaya memanfaatkan setiap detik ketika bulan Ramadhan walaupun ketika sedang nifas atau haid, dan terhalang menunaikan shaum masih mendapat pahala iaitu dengan berusaha menjauhi segala yang dilarang oleh Agama,dan berusaha menjaga lisan dan selalu berusaha berkata-kata yang manfaat. Tak lupa juga jaga jari dari menulis dan berkongsi cerita yang sia-sia di media sosial. 

Semoga dengan adanya panduan singkat ini, amal ibadah puasa Ramadhan para muslimah tetap sempurna walaupun dalam pantang ataupun haid. Islam itu mudah untuk membantu hamba-Nya beroleh pahala... 

Tahniah buat yang menimang cahayamata di bulan mulia ini... Semoga panduan ini, mampu dimanfaatkan agar wanita berpantang tidak terasa sia-sia di bulan Ramadhan yang barakah ini.

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !