بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hukum Agih Zakat Sendiri Tanpa Melalui Pusat Zakat!
Ada beberapa orang tanyakan isu ni kepada MF.. Boleh ke bayar zakat terus kepada asnaf tanpa melalui pusat zakat. Apa hukumnya?
Penjelasan dari Majlis Fatwa Kebangsaan:
Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Dan Qada Zakat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.
Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.
Kesimpulannya:
Sah zakat, cuma salah dari segi undang-undang... Memang ada yang bayar terus kepada asnaf... Tak beri kepada pusat zakat... Kami pernah juga buat perkara yang sama masa tahun berlakunya isu penyelewengan pusat zakat ... Rasa hilang kepercayaan masa tu... Tapi lepas tu, kami tawakal sahaja... Kami bayar kepada pusat zakat tapi andai berlaku penyelewengan dengan duit yang dibayar oleh pemberi zakat tu dosa mereka dengan Allah...
Tahun lepas saya agih sendiri zakat kepada asnaf bila baca kes duit zakat diguna untuk tujuan entah apa-apa. Tahun ni saya bayar pada Amil yang bertugas. Jika ada lagi terdengar citer2 yang tak best, InsyaAllah tahun depan cari sendiri dan agih sendiri semula.
BalasPadamHahaha itu maksudnya membayar tanpa amil..
BalasPadamBuat benda betul tetapi salah dari segi undang undamg.
Takpelah.. Kita bayar je pada pusat zakat kan sis.. yang selebihnya serah pada Allah..
BalasPadam