GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 Tips Menjaga Anak Perempuan Ketika Pulang Beraya di Kampung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Tips Menjaga Anak Perempuan Ketika Pulang Beraya di Kampung | Bagi yang ada anak perempuan... Kewajipan menjaga aurat lebih kepada ibu bapa... Masa kecil lagi kena ajar dah batas pergaulan termasuk dengan sepupu, saudara mara kaum kerabat. Jangan tunggu dah besar baru nak ajar... Sebab bila dah biasa bergaul bebas..tetiba kita nak kawal sekat, mereka akan memberontak...

Jadi, sedikit info dan tips ini berguna sebagai panduan kepada ibubapa dalam menjaga anak perempuan ketika pulang beraya di kampung.

Tips ini dikongsikan oleh Team Akil Baligh oleh Pelangi Resources... Jom baca dan praktikkan...

Sumber: google images

Seronok sangat dapat berkumpul bersama sanak saudara. Tetapi jaga-jaga, ada yg memerhati anak perempuan anda barangkali.

Setahun sekali berjumpa maka, kita tidak tahu aktiviti harian dan kehidupan saudara dan orang sekeliling ( sanak saudara jauh).

Maklumkan awal kepada anak perempuan dan lelaki anda sebelum pulang ke kampung.

1) ibu harus pastikan pakaian yang dibawa oleh anak perempuan anda sesuai dan menutup aurat.

2) beritahu ketika hendak mandi atau ke tandas, bawa terus pakaian gantian. Jangan keluar tandas dengan bertuala atau berkemban. Bekalkan kain batik pada anak perempuan anda untuk digunakan sebagai kain basahan ketika mandi.

*Laranglah anak perempuan dan lelaki agar tidak mandi tanpa seurat benang!

3) Bagi anak perempuan yang sudah baligh, wajib bertudung dan berpakaian menutup aurat dihadapan sepupu lelaki/ saudara lelaki.

* Ibu boleh sediakan tudung yang selesa dan mudah sarung ;-)

4) Jika bilik tidak mencukupi, dan tidur diruang tamu secara beramai ramai. pastikan anak perempuan anda HANYA tidur bersama Ibu, kakak, adik perempuan, ibu saudara perempuan atau sepupu perempuan. ( begitu juga dengan anak lelaki)

*Pastikan anak perempuan tidur dengan berseluar panjang BUKAN berskirt atau berkain sarung.

5) Beritahu , jika ada sanak saudara lelaki dewasa/ remaja yang ajak bermain didalam ruang tertutup seperti Bilik / Stor. JANGAN IKUT.

6) Jangan lupa ajaklah anak perempuan anda bersama membantu didapur. Memudahkan anda memantau pergerakan mereka.

7) NAMUN, jangan biarkan anak anda hanya terperap di dalam bilik dan tidak bergaul bersama sanak saudara , JANGAN TAKUT, jika anda telah berpesan seperti  no. 1-6 kepada anak anda.

8) Oh ya, pesan juga agar anak anda tidak sesuka hati duduk di atas riba saudara lelaki. ( Ada bahayanya !) atas riba nenek boleh ;-)

Raikan aidilfitri dengan gembira tanpa risau keselamatan anak anda.

we care we love.

Sumber: Telegram Group

Jika kita sama-sama jaga dan didik anak kita sejak kecil... Insha Allah selamat... Jangan fikir anak kita kecil... melentur buluh biarlah dari rebungnya... Bukan mudah ada anak perempuan... Bab aurat dan pergaulan paling utama dan kena titik beratkan... Sama-sama kita pelihara Anak-anak kita amanah Allah sebaik-baiknya.

2Ulasan

  1. tips untuk anak lelaki? mama takde anak perempuan huhuu

    BalasPadam
  2. betul tu dik, dr kecik dh kene ajar mana yg betul mana yg tak kan...
    akak yg anak laki sorang ni pun kadang risau jgk... dia ni dhla suke sgt ngn anak2 dara....

    kadang2 kita yg tak sedap bila pandang anak2 kecik yg jln2 beraya ngn pakai legging ketat corak2

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ