GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Suami WAJIB SCAN Isteri Sebelum Benarkan Isteri Keluar Rumah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramai suami buat tak kisah apa isteri pakai bila keluar rumah... Macam takde perasaan je orang dok perati bini dia kan...hmmm... 

Abang-abang yang sungguh sayang bini... scan la bini abang sebelum izinkan dia keluar rumah sama ada ke tempat kerja atau ke pasar. 

Tak tau nak scan apa??? Meh sini cheq nak cerita... 


Sumber: google images

Mudah je. Cuma pastikan;

👀 Tudung menutupi dada.

👀 Check belakang pula sama ada nampak tali baju dalam ke tak. Kalau nampak, suruh si dia tukar tudung yang labuh dan belakang tudung tak melekap ke badan.

👀 Check ada bonggol unta ke tak.

👀 Baju labuh melepasi punggung.

👀 Baju longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. Kalau boleh kira berapa lipatan lemak tu kira tak pass la ye.

👀 Baju, tudung dan kain/seluar tak 'see-through'. Yang ni kena tengok dekat cahaya matahari. Nak tahu 'tembus' ke tak, bayang badan akan nampak bila cahaya matahari terang. Kira pass kalau tak nampak bayang.

👀 Pakai handsock kalau lengan baju luas.

👀 Stokin jangan lupa. Kaki pun aurat.

👀 Kalau isteri pakai skirt, jubah, dress, terbaiknya pakai seluar panjang kat dalam. Bila melangkah naik tangga, stokin tak berapa cukup nak cover aurat. Still nampak bentuk betis. Yang naik motorsikal lagi la kena pakai ye.

👀 Last sekali, tenung muka isteri. Tengok berapa inci mekap dipakainya. Pastu tanya, "Sayang melawa ni nak mengorat bos ke? Ni bos ada depan mata ni. Ngorat kat rumah puas²".

Sebagai lelaki, cuba pandang isteri anda dengan pandangan lelaki lain. Agak² ada yang menarik perhatian (warna pakaian or anything), sila jalankan tanggungjawab anda sebagai inspektor pakaian.

Kenapa dalam list ni takde suggestion "pakai pakaian yang boleh bawa solat"?

Sebab orang lelaki akan fikir cara mudah dengan menyuruh pakai telekung je bila nak solat 😂.

Dapat sesuatu braders? :)

Sumber: Facebook

Aurat isteri kita tanggungjawab kita... 

2Ulasan

  1. Terima kasih atas peringatan yg sgt mendalam ni. Semoga tersedar hati2 yg membacanya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. My husband memang akan scan dulu sebelum dibenarkan keluar. Malah, keluar depan rumah pon dia sudah membebel untuk tutup aurat :D

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ